Friday, June 3, 2016

Next adventure

Hai !
Harini aku memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur terchenta.
Sebenarnya tak sampai seminggu pun aku di rumah. Tapi sepatutnya cuti sem ni aku duduk rumah sahaja tapi apakan daya, impianku untuk berklinikal di Melaka hancur berderai kerana Hospital besar Melaka tidak menerima student pada tempoh tersebut.

Aku dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang.
Bayangkanlah, 2 minggu sebelum klinikal baru diberitahu, aku punyalah gelabah sebab nak cari rumah bagai. Sebab masa tu tengah exam, gila-gila punya exam, straight seminggu tak henti. Last-last aku amik keputusan untuk ulang alik je KL-Klang. Tapi kawan aku kata , "serius beb , jauh tu" aku adelah try google, haha hamik kau, kene bangun pukul 5 pagi amik bas pkul 6 , bla bla bla.

Aku pun, mulalah cari bilik sewa kat i bilik, kalau-kalau ada yang boleh sewakan bilik kosong. Tapi itulah masalahnya, aku nak sewa 2 minggu je, tapi kebanyakkannya hanya nak sewa bulan. So, aku pun fikir lagi sekali, erm, then aku dapat idea. Aku tanya kawan-kawan aku yang tinggal kat Klang. Mula-mula ada sorang senior aku, dia kata dia bincang dengan family dulu.

Lepastu, sebab dia tak balas-balas, aku try lagi sorang senior, tapi senior ni dah keje dah. Alhamdulillah, dia berbesar hati untuk tumpangkan aku seminggu kat rumab dia. Why? Why seminggu? Ha! Ni semua sebab minggu yang seterusnya aku tinggal di rumah Jane!  My clinical partner! Why? Why awal-awal aku tak tinggal kat rumah jane? Ni semua sebab jane ada hal waktu minggu pertama klinikal tu, so minggu pertama aku kene survive sendirilah nampaknya.

Ni lagi satu masalah pasal klinikal ni, rupa-rupanya, HTAR ni pun tak kompem lagi jadi tempat klinikal aku dan jane, sebab pihak Hospital tak bagi kata putus lagi pun. Tahu tak apa plan lecture aku kalau HTAR ni tak terima? Sumpah aku tak boleh brain plan diorang ni, diorang nak suruh aku dengan Jane duduk rumah time cuti sem, then ganti balik klinikal waktu cuti midsem dan study week . Aku dengan Jane like ... seriusly ????

Haha, Jane dah bagitau aku awal-awal dah, kalau HTAR tak dapat, dia nak drop je kursus klinikal ni, daripada tak ada study week. Ermm... part tu aku dah risau dah, sebab aku nak terus je, tak nak aku drop2 ni. Kenapa risau? Sebab kalau Jane tak ada, aku kenelah sewa bilik sorang2, nak fikir masa cuti midsem nak sewa mana, masa study week nak sewa mana,  aishh. Tapi dalam masa yang sama, aku selalulah follow up dengan lecture aku pasal HTAR ni. Dan aku mengharapkan dapatlah.

Mula-mula katanya nak konfirmkan hari isnin, lepastu aku tanya balik pada hari selasa, lepastu dia kata hari khamis baru konfirm, aku pun tunggulah, bagai pungguk rindukan bulan. Akhirnya, dah hari khamis. Tak sempat aju nak bertanya, aku diberitahu bahwa HTAR dah terima, alhamdulillah, lega rasanya. So, aku bolehlah start klinikal hari selasa ni.

Urm, kalau klinikal hari selasa, kenapa aku balik awal sangat? Hari khamis aku dah beria balik keyel. Har har har. Its hard to say tapi aku kene cakap jugak... aku geng repeat ! Hahahaha. Sebenarnya, hari jumaat ni adalah hari yang khas untuk pelajar yang gagal untuk ujian amali ulangi balik ujian tersebut. Haha, nak tau citer ke pasal repeat ni?

Tak.. macam ni citer dia, kita dah usaha, selebihnya Allah yang tentukan, betul tak? Exam amali its not about something yang kau baca, kau hafal, kau curah then kau lulus. Ohh tidak..tidak..
Apa yang berlaku masa exam amali haritu, kiteorang memang baca malam tu, tapi tiba-tiba aku masuk bilik dapat pulak soalan yang aku tak pernah baca, tak pernah terlintas dan tercapai dek akalku.

Mula-mula aku ingat nak hentam je, tapi aku pulak memang tak mahir hentam-hentam ni, serius aku cakap kalau ni exam teori pun, aku yakin aku dapat kosong! Aku pun mulalah gagap-gagap. Lepastu, aku dah malas nak fikir, aku pun pandang lecture aku, aku tatap mata dia betul-betul. Aku tarik nafas, aku hembus nafas, aku pun cakap "miss kate, saya tak tahu" then, well it ended there. #ulagi ., thats why aku balik cepat sikit hui hui...kui kui.

Bye!

No comments:

Post a Comment