Friday, June 3, 2016

Kursus Metodologi dan bakal pegawai

Assalamualaikum,
Hai! Aku OTW ke KTSN, barubje habus kursus SISPA
so, entry kali ini khas untuk kursus tersebut.

Hari pertama, hari rabu, kami check in Kolej Keris Mas, sebelah kesatria, dapat je kunci , terus down, weyyy tingkat enam weyy!

Kami pun dengan gagahnya mendaki dengan luggage masing-masing. Malam tj tak ada aktivitj sangat, just kemas barang then tido.

The next day, kelas bermula, kami semua kene pakai baju no.3, baju kemeja, acah2 macam kerja pejabat JPAM.  Ok, untuk minggu pertamam kami perlu amik kursus metodologi atau nama lain dia, kursus cara mengajar. Paling tak bleh bla, hari pertama tu tajuk pengucapan awam, then terus kami kene berucap kat depan petang tu sorang2. First, kami diberi tajuk berdasarkan nombor, akubdapat tajuk 'sejauh mana keberkesanan SUKIPT dalam melahirkan atlet negara' . Sudah, jenuh aku nak prepared dalam masa satu jam. Ape lagi, aku google je lah, alang2 wifi situ laju giler. Alhamdulillah, pengucapan aku agak berjaya menawa hati juri, ceh.. hey, ni dapat markah ok! Tapo serius aku cakap, budak SISPA memang power bab2 pengucapan ni. Semua dalam group aku tu perform.

Next, kami ada belajar mengenai RSP, iaitu Rancangan Proses Pengajaran. Kami diberi tajuk, pengajaran, aku dapat tajuk ASAS PERTOLONGAN CEMAS, tajuk aku ni simple je, just teori, tapi ada jugak yang dapat ikatan simpulan, cpr , choking, menyelamat , ermm macam2 lagilah. Huhu, mula2 dapat tugasan tu, aku cuak giler, tak tau nak cakap pasal apa, dalam masa yang sama, kiteorangbkene study untuk ujian teori, hah, serius cuak, tapi hasil semangat dan guideline yang diberikan  oleh semua pihaknkepada kami, then, kami berjaya menyiapkan slide show dan salinan RSP. Before that, kami kene jawab ujian teori jugak, agak straight forward jugak soalan dia, sebijik macam apa yang diajar.

Then, tiba hari last kursus, dimana kami akan bentangkan hasil usaha kami, kami perlu mengajau tajuk yang diberikan agar semua orang faham, fuhh, berat tu tanggungjawab, nak kasi orang faham asas pertolongan cemas, aku punya asas pun cukup2 makan je. Tapi, alhamdulillah, dipermudahkan, semuanya berjalan dengan lancar, ada bagus jugak dia buat pengucapan awam tiba2 masa hari first tu, then hari last, takdelah aku terketaq2.

The next day, kami terus sambung dengan kursus bakal pegawai. First, kami dapat jadual, bapaklahhh.. jadual dia, kawad kaki je dah makan separuh daripada seminggu tempo kursus. Haha, redha je lah, nak jadi pegawai kan. Then, hari first, pagi2 kami dah ke padang kawat, kami belajar kawad yang rare sikit, iaitu, kawad tongkat. Kami dibekalkan sorang satu tongkat. Tap..tap..tap.., hah!! Tau tak bunyi apa tu? Tu bunyi tapak kasut pegawai waran kami, Encik Mus...Bunyi tapaknkasut je kami dah cuak dah, dengan misai dia, tongkat dia, wow! Takut khakak long!

Pagi tu, kami belajar kawad je lah, walau matahari seakan2 tidak menunjukkan belas kasihan. Tapi apa yang bestm step2 kawad tongkat ni ada lagu, antara lagu yang paling best adalah, lagu kekanan hormat, bunyi dia macam ni, "check,kepit,check,potong,check,hormat,empat,lima,potong,tangkap,check,turun,check,lenggang." Semput wei, nak hafal nak nyanyi, nak gerak kaki, gerak tangan, gerak tongkat..perghh!
Tiba2 pulak en. Mus kasi berita tergempar, dia nak uji kami esok tu jugak, even baru belajar harini kot!

Apa lagi, malam tu masing2 dok kawad kat koridor weyhhh! Lawak bak hang! Check kepit check kepit. Hahah. Punya gigih kiteorang berlatih, sampai pukul 12 tak berhenti2 lagi.

No comments:

Post a Comment