Wednesday, June 22, 2016

Klinikal Mahkota

Harini aku baru selesai melalui satu klinikal radioterapi di Mahkota Medical Centre, termasuk kali ini, ini klinikal ke 4 yang aku pernah pergi. Sebelum ni di Ppukm dua kali dan di HTAR.

Hari pertama aku masuk, aku dah disambut dengan pertanyaan dari senior radiotherapist disana

"Siapa yang bapak dia jual sate tu?" Haha, aku dah agak dah mesti dia tanya, sebab sebelum ni, Chaie klinikal disana, lepastu hari last dia order sate dekat bapak aku untuk dibeli kepada team radioterapi MMC sebagai tanda penghargaan.

Kehadiran kami disambut baik, rupa-rupanya, daripada 4 orang radiotherapist, 3 orang adalah senior kami yang masing-masing dari batch 4,8 dan 11. Kak mei ling, en. Helmi dan kak izzy. Ada lagi seorang kak Shantini dari MAHSA. Terdapat juga nurse, kam dijah dan pembantu kak ana. Tak lupa jugak team physicist kak kae shing, fong dan shen.

Banyak jugak soalan-soalan yang diajukan kepada kiteorang pada hari pertama, semua berkaitan dengan radioterapi. Air gap, CLD, SSD, SAD dan segala macam istilah lah. Fuhhm baiklah aku dan hampir dapat adapt dengan radioterapi ni bolehlah tingkatkat kemahiran menjawab spontan.

Dahlah

No comments:

Post a Comment