Wednesday, June 22, 2016

DAH BESAR

Assalamualaikum,
Semalam aku pergi makan rumah kawan kepada chaie. Lepas main tu kiteorang semua basuh pinggan, kemas meja, bual-bual  dengan mak kawan dia,

kelmarin pun baru lepas bukak puasa kat rumah fuzz,sama gak macam tu,

Haha, kalaulah mengimbau kenangan lama dulu2,
tak ada punya nak pergi rumah orang, basuh pinggan,kemas meja acah2 ayu gitu,  dah besar kan... kene pandai pandai bawak diri kat rumah orang.

Lol,
Dah besar ni, banyak jugaklah bende berubah, terutama dari segi pemikiran, apa-apa pun yang dibuat, mesti kene fikir masa depan,
Contohnya, lepas grad ni nak kerja ke, nak sambung belajar, kalau nak kerja nak kerja apa? Kalau nak sambung belajar nak sambung apa? Kat mana?
yang paling kelakar, dok dengar masalah relationship je sekarang ni, tu lah sebab kalau dah besar ni, bukan suka suka je , kene fikir masa depan oiii !!

Tapi yang paling ketara sekali masa akhir2 pengajian ni, memang tak ada masalah puak-puak , tak kisah pun pasal geng kau , geng aku haha...semua dok campur je hahah lawak....lawak kalau teringat waktu first year second year dulu lol.

Lepastu kebetulan aku baru he terdengar lagu human "bila...aku sudah tiada..simpan semua laguku, jangan ditangis selalu"

Haritu baru je sorang kawan aku meninggal, Lepas melawat, k I teorang pergi makan, Lepas dengar cerita masing-masing, kami ketawa sama-sama, 

Then, actually the most important future Yang kita kene fikir... mass depan kita dalam kubur tu, mass depan kita kat syurga be neraka... ermm sebab mati boleh datang bila2, so kits kene sentiasa prepare for that. 

So.. good luck in the future.. andainya than tak tarik nyawa ni awal2

Klinikal Mahkota

Harini aku baru selesai melalui satu klinikal radioterapi di Mahkota Medical Centre, termasuk kali ini, ini klinikal ke 4 yang aku pernah pergi. Sebelum ni di Ppukm dua kali dan di HTAR.

Hari pertama aku masuk, aku dah disambut dengan pertanyaan dari senior radiotherapist disana

"Siapa yang bapak dia jual sate tu?" Haha, aku dah agak dah mesti dia tanya, sebab sebelum ni, Chaie klinikal disana, lepastu hari last dia order sate dekat bapak aku untuk dibeli kepada team radioterapi MMC sebagai tanda penghargaan.

Kehadiran kami disambut baik, rupa-rupanya, daripada 4 orang radiotherapist, 3 orang adalah senior kami yang masing-masing dari batch 4,8 dan 11. Kak mei ling, en. Helmi dan kak izzy. Ada lagi seorang kak Shantini dari MAHSA. Terdapat juga nurse, kam dijah dan pembantu kak ana. Tak lupa jugak team physicist kak kae shing, fong dan shen.

Banyak jugak soalan-soalan yang diajukan kepada kiteorang pada hari pertama, semua berkaitan dengan radioterapi. Air gap, CLD, SSD, SAD dan segala macam istilah lah. Fuhhm baiklah aku dan hampir dapat adapt dengan radioterapi ni bolehlah tingkatkat kemahiran menjawab spontan.

Dahlah

Friday, June 3, 2016

Kursus Metodologi dan bakal pegawai

Assalamualaikum,
Hai! Aku OTW ke KTSN, barubje habus kursus SISPA
so, entry kali ini khas untuk kursus tersebut.

Hari pertama, hari rabu, kami check in Kolej Keris Mas, sebelah kesatria, dapat je kunci , terus down, weyyy tingkat enam weyy!

Kami pun dengan gagahnya mendaki dengan luggage masing-masing. Malam tj tak ada aktivitj sangat, just kemas barang then tido.

The next day, kelas bermula, kami semua kene pakai baju no.3, baju kemeja, acah2 macam kerja pejabat JPAM.  Ok, untuk minggu pertamam kami perlu amik kursus metodologi atau nama lain dia, kursus cara mengajar. Paling tak bleh bla, hari pertama tu tajuk pengucapan awam, then terus kami kene berucap kat depan petang tu sorang2. First, kami diberi tajuk berdasarkan nombor, akubdapat tajuk 'sejauh mana keberkesanan SUKIPT dalam melahirkan atlet negara' . Sudah, jenuh aku nak prepared dalam masa satu jam. Ape lagi, aku google je lah, alang2 wifi situ laju giler. Alhamdulillah, pengucapan aku agak berjaya menawa hati juri, ceh.. hey, ni dapat markah ok! Tapo serius aku cakap, budak SISPA memang power bab2 pengucapan ni. Semua dalam group aku tu perform.

Next, kami ada belajar mengenai RSP, iaitu Rancangan Proses Pengajaran. Kami diberi tajuk, pengajaran, aku dapat tajuk ASAS PERTOLONGAN CEMAS, tajuk aku ni simple je, just teori, tapi ada jugak yang dapat ikatan simpulan, cpr , choking, menyelamat , ermm macam2 lagilah. Huhu, mula2 dapat tugasan tu, aku cuak giler, tak tau nak cakap pasal apa, dalam masa yang sama, kiteorangbkene study untuk ujian teori, hah, serius cuak, tapi hasil semangat dan guideline yang diberikan  oleh semua pihaknkepada kami, then, kami berjaya menyiapkan slide show dan salinan RSP. Before that, kami kene jawab ujian teori jugak, agak straight forward jugak soalan dia, sebijik macam apa yang diajar.

Then, tiba hari last kursus, dimana kami akan bentangkan hasil usaha kami, kami perlu mengajau tajuk yang diberikan agar semua orang faham, fuhh, berat tu tanggungjawab, nak kasi orang faham asas pertolongan cemas, aku punya asas pun cukup2 makan je. Tapi, alhamdulillah, dipermudahkan, semuanya berjalan dengan lancar, ada bagus jugak dia buat pengucapan awam tiba2 masa hari first tu, then hari last, takdelah aku terketaq2.

The next day, kami terus sambung dengan kursus bakal pegawai. First, kami dapat jadual, bapaklahhh.. jadual dia, kawad kaki je dah makan separuh daripada seminggu tempo kursus. Haha, redha je lah, nak jadi pegawai kan. Then, hari first, pagi2 kami dah ke padang kawat, kami belajar kawad yang rare sikit, iaitu, kawad tongkat. Kami dibekalkan sorang satu tongkat. Tap..tap..tap.., hah!! Tau tak bunyi apa tu? Tu bunyi tapak kasut pegawai waran kami, Encik Mus...Bunyi tapaknkasut je kami dah cuak dah, dengan misai dia, tongkat dia, wow! Takut khakak long!

Pagi tu, kami belajar kawad je lah, walau matahari seakan2 tidak menunjukkan belas kasihan. Tapi apa yang bestm step2 kawad tongkat ni ada lagu, antara lagu yang paling best adalah, lagu kekanan hormat, bunyi dia macam ni, "check,kepit,check,potong,check,hormat,empat,lima,potong,tangkap,check,turun,check,lenggang." Semput wei, nak hafal nak nyanyi, nak gerak kaki, gerak tangan, gerak tongkat..perghh!
Tiba2 pulak en. Mus kasi berita tergempar, dia nak uji kami esok tu jugak, even baru belajar harini kot!

Apa lagi, malam tu masing2 dok kawad kat koridor weyhhh! Lawak bak hang! Check kepit check kepit. Hahah. Punya gigih kiteorang berlatih, sampai pukul 12 tak berhenti2 lagi.

Something to tell

Pernah tak korang semua rasa atau bayangkan diri kita dicampak ke satu tempat dimana kita tak kenal orang, orang pun tak kenal kita?? Hah

Actually ni sambungan daripada cerita HTAR aku tu. untuk minggu pertama memang aku tak ada partner langsung. Tuhan je lah tahu macammana perasaan aku. Sebenarnya aku memang dah set dah, setiap klinikal, aku malas nak campur atau nak sembang-sembang lebih dengan radiographer. Sebab, kalau sembang lebih nanti last -last adelah orang yang tak suka. So, aku decide untuk buat baik je, ikut je cakap radiographer kalau diorang tanya, baru aku jawab. kurang cakap, kuranglah dosa kita, cukuplah 8 klinikal, insyaAllah, adelah pahala kat situ 😌

Tambahan untuk HTAR, aku tak tahulah orang melantan tengganu ni memang taknak keje tempat dia ke, ataupun kat sana memang tak banyak hospital ke apa ke, tapi...Ya Allah! Keliling aku dok goyak,kecek ganu klate sokmo.  Aku sebagai ore mlake sangatlah pishanggggg. Dari student, radiographer , sampai mak cik cafe pun dok goyat😬

Tapi betullah, HTAR ni baru 3 hari dah macam-macam berlaku, aku daripada extrovert terus introvert. Daripada ganas-ganas, terus jadi sopan dan ayu. Pui . Memanglah, orang bukan selalj jumpa kita, 21 je pun, kalau keluar perangai tak senonoh, tercemarlah nama aku.

Aku rasa hari ketiga ni om sikek kot, hah tgk, taip pung bunyi bunyi ganu klate. Dahlah.

Next adventure

Hai !
Harini aku memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur terchenta.
Sebenarnya tak sampai seminggu pun aku di rumah. Tapi sepatutnya cuti sem ni aku duduk rumah sahaja tapi apakan daya, impianku untuk berklinikal di Melaka hancur berderai kerana Hospital besar Melaka tidak menerima student pada tempoh tersebut.

Aku dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang.
Bayangkanlah, 2 minggu sebelum klinikal baru diberitahu, aku punyalah gelabah sebab nak cari rumah bagai. Sebab masa tu tengah exam, gila-gila punya exam, straight seminggu tak henti. Last-last aku amik keputusan untuk ulang alik je KL-Klang. Tapi kawan aku kata , "serius beb , jauh tu" aku adelah try google, haha hamik kau, kene bangun pukul 5 pagi amik bas pkul 6 , bla bla bla.

Aku pun, mulalah cari bilik sewa kat i bilik, kalau-kalau ada yang boleh sewakan bilik kosong. Tapi itulah masalahnya, aku nak sewa 2 minggu je, tapi kebanyakkannya hanya nak sewa bulan. So, aku pun fikir lagi sekali, erm, then aku dapat idea. Aku tanya kawan-kawan aku yang tinggal kat Klang. Mula-mula ada sorang senior aku, dia kata dia bincang dengan family dulu.

Lepastu, sebab dia tak balas-balas, aku try lagi sorang senior, tapi senior ni dah keje dah. Alhamdulillah, dia berbesar hati untuk tumpangkan aku seminggu kat rumab dia. Why? Why seminggu? Ha! Ni semua sebab minggu yang seterusnya aku tinggal di rumah Jane!  My clinical partner! Why? Why awal-awal aku tak tinggal kat rumah jane? Ni semua sebab jane ada hal waktu minggu pertama klinikal tu, so minggu pertama aku kene survive sendirilah nampaknya.

Ni lagi satu masalah pasal klinikal ni, rupa-rupanya, HTAR ni pun tak kompem lagi jadi tempat klinikal aku dan jane, sebab pihak Hospital tak bagi kata putus lagi pun. Tahu tak apa plan lecture aku kalau HTAR ni tak terima? Sumpah aku tak boleh brain plan diorang ni, diorang nak suruh aku dengan Jane duduk rumah time cuti sem, then ganti balik klinikal waktu cuti midsem dan study week . Aku dengan Jane like ... seriusly ????

Haha, Jane dah bagitau aku awal-awal dah, kalau HTAR tak dapat, dia nak drop je kursus klinikal ni, daripada tak ada study week. Ermm... part tu aku dah risau dah, sebab aku nak terus je, tak nak aku drop2 ni. Kenapa risau? Sebab kalau Jane tak ada, aku kenelah sewa bilik sorang2, nak fikir masa cuti midsem nak sewa mana, masa study week nak sewa mana,  aishh. Tapi dalam masa yang sama, aku selalulah follow up dengan lecture aku pasal HTAR ni. Dan aku mengharapkan dapatlah.

Mula-mula katanya nak konfirmkan hari isnin, lepastu aku tanya balik pada hari selasa, lepastu dia kata hari khamis baru konfirm, aku pun tunggulah, bagai pungguk rindukan bulan. Akhirnya, dah hari khamis. Tak sempat aju nak bertanya, aku diberitahu bahwa HTAR dah terima, alhamdulillah, lega rasanya. So, aku bolehlah start klinikal hari selasa ni.

Urm, kalau klinikal hari selasa, kenapa aku balik awal sangat? Hari khamis aku dah beria balik keyel. Har har har. Its hard to say tapi aku kene cakap jugak... aku geng repeat ! Hahahaha. Sebenarnya, hari jumaat ni adalah hari yang khas untuk pelajar yang gagal untuk ujian amali ulangi balik ujian tersebut. Haha, nak tau citer ke pasal repeat ni?

Tak.. macam ni citer dia, kita dah usaha, selebihnya Allah yang tentukan, betul tak? Exam amali its not about something yang kau baca, kau hafal, kau curah then kau lulus. Ohh tidak..tidak..
Apa yang berlaku masa exam amali haritu, kiteorang memang baca malam tu, tapi tiba-tiba aku masuk bilik dapat pulak soalan yang aku tak pernah baca, tak pernah terlintas dan tercapai dek akalku.

Mula-mula aku ingat nak hentam je, tapi aku pulak memang tak mahir hentam-hentam ni, serius aku cakap kalau ni exam teori pun, aku yakin aku dapat kosong! Aku pun mulalah gagap-gagap. Lepastu, aku dah malas nak fikir, aku pun pandang lecture aku, aku tatap mata dia betul-betul. Aku tarik nafas, aku hembus nafas, aku pun cakap "miss kate, saya tak tahu" then, well it ended there. #ulagi ., thats why aku balik cepat sikit hui hui...kui kui.

Bye!