Saturday, January 23, 2016

RUMAH JIAHHOI

    Assalamualaikum dunia! Damailah manusia! Hari ni aku nak cerite sikit pasal very the short escape before we go for our third clinical session. Nak tahu aku pergi mana? Aku dengan chaie pergi rumah jiah! Rumah jiah terletak di Batu Pahat johor. So, disebabkan masa kami terhad kami memang tetapkan awal awal nak destinasi , dan destinasinya adalah..... Makanan hipster batu pahat yang menular di laman sosial

Ok , kiteorang bertolak dari katil kira2 pukul 6.30 . Kiteorang bertolak dari bilik pula kira kira pukul 7.15. Masa tu chaie turun dulu sebab katanya nak panaskan engin. Lepastu aku pun turunlah , aku nampak chaie tengah bukak bonet depan, acah-acah macam cek engine. Then kiteorang masuk kereta, chaie pun start engine..... Tapi, kereta tiba2 tak boleh start oiii !!! 

Aduiii kiteorang dah gelabah. Lepastu chaie kol bapak dia, bapak dia suruh jump kereta. Setelah macam-macam altenatif kiteorang fikir, so kiteorang pun start dengan pinjam pak guard wire jumper. Then, wayer dah jumpa, kiteorang mintak tolong tah sapa-sapa tah dalam kolej tu mintak tolong jump kan, ramai jugak terlibat pagi tu, kak bie, abang kak anis farmasi, abang baju merah(tak kenal)

Alhamdulillah, dlm 8.30, settle semua, then 8.35 kiteorg gerak. Dalam kereta , aku bgan chaie dok karaoke je lah sepanjang jalan. Pishanggg

Dalam pukul 11 kiteorang sampai rumah jiah, lepastu mak dia serve kuih bom dengan karipap, sedap gilaaaa haha sebenarnya kiteorang lapar sebab lupa nak sarapan pagi tadi. Lepastu membuta kejap sampai waktu zuhur, kiteorang makan gulai ayam,  sambal tempe dgn sayur, sedap sambal tempe tu, rupanya baru aku tahu, jiah yang masak.

Next, kiteorang pergi serbu mee racun batu pahat. Tempat dia senang je nak cari, tapi kiteorang pusing kali kedua baru jumpa, sebab masa lalu kali pertama tu tak perasan. Kedai ni beroperasi start 4 petang sammpai stok habis hahaha, tapi serius beb, baik kiteorang datang awal, kalau tak... Memang tak dapat duduk.Ramai gila orang. Tapi serius sedap gilos mee dia, specialnya sebab ada gearbox. Harga 9 hinggit camtu.

Next, kiteorang pergi solat asar kat masjid sebelah. Lepastu kiteorang pergi try kelab kopi, disebabkan dah kenyang, kiteorang just order greentea machiato, latte caramel dan yang paling sedap, ice cream brownies 😋. Seriously recommended. 

Haha, baru makan dua kedai, dah tak larat, then kiteorang pergi nasi lemak cik com yang ada sotong besaq tu. disebabkan kenyang, tapi nak rasa juga, kiteorang beli bungkus , bawak balik rumah. Tapi malam tu kiteorang kongsi je lah 3 orang.


       Next , esoknya kiteorang pergi pasar pagi, macam macam jugak yang dijual , kiteorang beli mostly makanan, putu bambu, apam coklat, apam pulut, tauhu bakar dan lain lain. Lepastu kiteorang makan dekat taman botani johor, tempat ni bekas lombong, lepastu jadi tasik macam titiwangsa. Lepastu kat dalam tu ada pameran laman setiap daerah yang ada dalam johor no, cantik jugaklah taman tu.

       Next, kiteorang balik rumah, sebab siap-siap dah nak balik keyel uolss. Tapi sebelum tu, kiteorang singgah melaka, chaie mengidam big bowl ice katanya, alhamdulillah sempatlah kami pegi tempat idaman chaie tu, tapi, masa tak mengizinkan, disebabkan something berlaku, masa drag sampai magrib, chaie pun tak boleh nak drive malam malam, so, kami tidurlah dirumah aku. Kebetulan malam tu aina dan emi, budak kelas aku dah ada kat melaka dan tak dapat rumah sewa lagi, so diorang tunpanglah jugak rumah aku, sebab nak sambung cari rumah esok. Kebetulan lagi...malam tu kiteorang tengok AJL30. Aku dengan aina cam orang gila je, lagi-lagi bila pengumuman , potret(akim and the majistret) dinobatkan sebagai juara lagu ke 30 ! Ok tu je, esok kiteorang nak balik keyel.

No comments:

Post a Comment