Thursday, January 28, 2016

9 hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Hari ni aku nak cerita pasal hari..pasal sembilan hari.
Kenapa dengan sembilan hari ni?

Final exam kali ni agak bermakna juga buat budak budak kelas aku, dalam kad masuk dan jadual peperiksaan rasmi kami, kami hanya ada 6 paoer theory untuk dijawab, namun.... itu semua hanya indah khabar dari rupa, sebenarnya jika ditambah dengan peperiksaan amali, OSCE OSPE tah apa-apa punya periksa, sebenarnya kami ada lebih kurang 12 paper, hah amik kau double tu.

9 hari th adalah hari ditengah tengah exam, dimana exam kami berturut-turut, walaupun sebenarnya aku tak straight pun  9 hari tu, tapi majoriti kawan-kawan aku menghadapinya. Ia dimulakan dengan hari pertama, kertas Anatomi pengimejan, ya Allah, tuhan sahaja yang tahu bertapa banyaknya yang kami kene hafal  untuk subjek ni, aku dan start tido lambat dah, sebab nak jawab kertas ni. Tapi malangnya, lecture kami sangat hebat imiginasinya, beliau memberi kami peluang berfikir diluar kotak  kerana soalan examnya berada diluar lecture notes.

Ahhh malas aku nak fikir, esok aku ada lagi kertas nak jawab. So, aku pun start membaca subject berikutnya, instrumentasi radioterapi. Subject ni agak ringan, namun aku tetap tido lambat malam tu. Keesokkan harinya, kami pun jawab, mak aihh , masa 1 jam setengah soalan ada 9, semua essay. Aku pun jawab sepantas yang boleh, haha tiba2 aku tersekat kat satu soalan kira-kira ni, jumlahnya 3 markah, lalu aku pun kira sahaja, walaupun jawapan aku memang tak logik, aku tinggalkan sahaja,  pergilah engkau wahai tiga markah ada banyak lagi soalan aku nak hadap, tu pun  tak tau full marks ke tak.

Selesai sahaja jawab paper tu,
Aku ada gap sehari untuk ke exam seterusnya, namun ada lebih separuh budak kelas aku nak hadap exam amali. Aku pun pergilah round2 keliling blok, kasi tips mana yang boleh,  bagi semangat sikit, ceh.

Next, are exam amali untuk amalan klinikal. Harharhar, pergi klinikal dah berbulan, examnya baru sekarang, memori pula macam orang tua, memang tak hingatlah, har har har. Kami pun studylah sesama, baca qc, berlakon buat projection dan study balik gambar hitam putih x ray tu. Keesokkan harinya, mujurlah aku dapat lecture yang sporting habis access aku tapi, malangnya unexpected qc question yang tak boleh bla, aku pulak dah salah tafsir soalan, kuang kuang kuang, redha je lah. Ahh lupakan, aku ada banyak laginpaper nak jawab ni.

Next, still dalam subjek yang sama, tapi ni exam viva. dalam exam ni, adalah presentation sikit, so untuk presentation ni aku yakin sikit, tapi tu lah masalah dia, dulu kata tak payah buat slide show, just buat jurnal reflektif je, sekarang cakap lain pulak, kene buat slide show, har har har memang malam sebelum exam tu lah aku study jurnal aku yang dah berkurun  lama aku buat. Tapi, hari tu ended well juga. Ahh! Lupakan! aku ade 5 hari lagi nak hadap.

Lepastu esoknya adalah exam theory, radiografi khusus, exam ni paling tak boleh bla, ade 17 lecture notes aku nak kene study dalam satu hari., aippp!! Jangan salahkan kiteorang study last minute ehh, kalau aku study RK ni semalam ataupun semalam punya semalam ataupum malam-malam lain, exam aku yang lain nak letak mana? Hah, so exam ni aku rasa macam nak give up dah sikit, malam tu, dah pukul 1 lebih, aku cakap dengan kawan aku, serius weyh aku tak larat dah, aku tak nak baca please.. aku tak nak baca, tapi, terima kasih kepada kawan aku tu, dia kata tak boleh, kita kene baca, sikit je lagi ni, sikit je lagi. Kiteorang pun baca sampailah habis cover semua chapter malam tu, walaupun aku memang dah sampai tahap nak redha je. Keesokkan paginya, alhamdulillah, membantulah jugak apa yang dibaca malam tu.

Next is MRI,  subject ni pun parah sikit, sebab lecture kiteorang stail yang suruh belajar sendiri dan tak ada lectire notes, dan kalau ada pun, memang tak boleh nak faham pun lectire notes dia. Adalah juga dia bekalkan MRI made easy iaitu sejenis buku yang disertakan dengan aplikasi untuk meng'easy'kan subjek tu. Har har har, disebabkan sudah berkurun lama aku mengulangkaji subjek tersebut, its hard to recall balik. Tapi hari tu hambar sikit, hujan renyai-renyai, suasana redup ..wahh aku pulak terkulai layu membaca nota diatas katil. Namun begitu, untuk menaikkan semangat belajar yang kian luntur, aku ke bilik sebelah untuk belajar bersama, masa tu memang ramai dalam bilik tu, dalam 8 orang, semua memerlukan semangat dari orang lain, sebab semua pun dah tak ada semangat dah nak hadap exam ni. Then, esoknya kat dewan exam, memang psyco gila. Aku dahlah duduk depan sekali, tengok pulak atas meja ada 17 booklet !!! Gila! 2 jam nak jawab 17 soalan!  Nak tulis nama , no matrik, kod kursus pun mau lebih 10 minit ni! Fuuh  nasib baik lecture aku datang, dia clarifykan balik pasa, soalan tu, fuhhh. Rupanya 17 soalan tu, pendej-pendek je, pakai booklet yang perlu sahaja.

Hmmm ade lagi exam, tapi kali ni punyalah psyco, sebab bila scroll fb, ada je perkataan last payyperr, travel to kampung halaman, #lastpapersyndrome... pui. Macam biasa, payper amali ni, kiteorang akan study bersama. Tapim ntah mengapa... ceh. Semangat aku semakin oudar untuk study ni. Eskknya, giloran aku pagi, so, pagi pagi kiteorabg dah pegi naik bas. Hah yang ni gam boleh bla, boleh ke, ok ... aku turun blok, pkul 7 pagi, lepastu adelah budak kolej, 2 orang, diorang pegang luggage besar, seakan-akan tunggu seseorang, kompemlah sebab nak balik rumah kan, tapi, aku ngan kawan aku cam biasa je lah, pakai baju kurung, pakai beg galas. Kiteorang lalu depan dia, diorang tenungggg je, bukan sebarang tenung, tenung yang pelik pulak tu,  hoi ! Ingat semua orang dah abes exam macam ko ke hah? Haha stress pulak.

Ni lagi stress bila keluar pulak soklan communication macam hampehh. Aku terus surrender, kita jumpa repeat nanti yer. Haha, second last exam, satu tiket dah ditempah.

Ok ..... jeng jeng jeng!! Last payyyyyperrrr!
Haha, actually tak ada feeling pun. Ermm, paper ni pun kiteorang study sama-sama, tengok image x ray, hafal seberapa banyak anatomi yang ada. Paling tak boleh blah part cardiovascular har har har, berpinau mata aku tengok, maklumlah , hampir pukul 3 pagi dok menatap gambar hitam putih x ray ku sayang. Esoknya...alhamdulillah, exam keluar sebijik yanv macam kiteorang hafal. Paling best gambar vascular semua gerak-gerak, terkezut aku. Ohh lupa nak bagitau, yang exam ni exam amali jugak, tapi more tu tgok komputer.

Maka tamatlah 9 hari, dan pada hari itu juga keluar result repeat exam amali, and as expected. Aku #repeat

Sekian

1 comment:

  1. hello akak :) sya nak tau pasal course PDR ni sbb sya dapat tawaran iv utk course ni kat UKM. cuma sya tak tau sma ada sya betul2 nak couse ni ke tak. so sya nak tahu dgn lebih lanjut lagi psl PDR. generally course ni lebih kpada biology ke physics? physics dia rumit ke? bleh tak akak terangkan? harap akak dapat tolong :)

    ReplyDelete