Wednesday, December 9, 2015

Roentgen Run

"Kita buat radiation run,  lepas tu ade tengkorak"

"Kita buat baju hitam , lepastu sambil lari kita baling powder putih haha"

"Best weyhh ok..kita kene buat run jugak untuk world radiography day tahun depan"

     Ini semua bermula sejak kami tahun satu, dimana kami diminta untuk menjadi ajk Hari Radiografi Sedunia yang pertama  anjuran pelajar pengimejan diagnostik dan radioterapi (PDR) UKM. Aku diminta untuk menjaga bahagian pendaftaran pada hari kejadian kalau tak silap.

      Pada tahun berikutnya, ada diantara kami yang menjadi orang kuat dalam organisasi tersebut. Aku pula menjadi exco cenderamata. Program yang dijalankan agak formal seperti forum, pertandingan pitching, pembentangan, forum dan explorace. Ruang yang digunakan hanyalah sekitar fakulti dan masa dihabiskan didalam dewan kuliah untuk mendengar ucapan dan forum.

      Jika dilihat pada penyertaan peserta, hanya beberapa universiti sahaja yang menghantar wakil, paling menghampakan, ada yang bercadang untuk tidak menghadirkan diri lagi jika dijemput pada masa akan datang.

         "Kalau macam ni, tahu  depan confirm tak ada orang nak join kita, kalau aku pun, aku tak nak, dah lah bayar mahal, tapi program tak ada impak langsung."  Kataku lantang.

           Dalam masa yang sama, pelajar sains pemakanan dan fisioterapi sudah berjaya  menjalankan program larian masing-masing. Sejak itu, aku sudah mula berangan untuk turut mengadakan larian pada tahun depan. Tak sangka, rupanya ramai budak kelas aku yang berfikiran sama. Sejak itu, kami sama-sama berangan-angan.

------------------------------------------------------------------------------------------------
2015

Ting !
Whassapku berbunyi.

Sebelum itu, whatssap group PDR sudah dipenuhi dengan perbincangan untuk menjadi organisasi HRS 2015. Aku tak berapa ingat situasinya, tapi aku ada mengisi untuk menjadi ajk cenderamata dengan harapan dapat membantu exco yang terdiri daripada pelajar tahun 2 sesi depan berbekalkan pengalaman sesi lepas.

Teng!
Whassapku berbunyi lagi. Tapi kali ini bukan group, kerana aku sudah menetapkan nada dering yang berbeza.

"Eh, kak min.. kenapa ya" aku bermonolog sebelum melihat sendiri mesej yang dihantar.

"Yuni, jadi setiausaha boleh? Tak ada orang dah nak jadi ni." Kata kak min

          Lama juga aku fikir , namun akhirnya,  aku terima juga walaupun setiausaha merupakan jawatan yang paling aku cuba nak elak, sebabnya aku memang lambat sangat sangat dalam menaip. Tapi atas dasar nak belajar, aku terima sahaja.

          Beberapa hari selepas itu, senarai organisasi dimuat naik. Ternyata kebanyakkan exco terdiri daripada pelajar tahun 3.

"Woi yuni, kau jadi s/u? " Tanya midah , kelihatan mukanya pelik

"Itu lah.., haha rahsia" kataku sambil membuat muka meyakitkan hati yang khas ditujukan kepada midah.

           Peperiksaan akhir hampir menampakkan bayangnya, pelajar sudah mula meyelak nota-nota lama, bilik di kolej sudah mulai senyap dan masing-masing kelihatan lebih serius. Dalam pada itu,  Hari Radiografi ditolak tepi sebentar dek kerana kami ada 10 kertas untuk dijawab.

------------------------------------------------------------------------------------------------

          
          "Saya dah bincang dengan pihak MSR, tarikh pun dah ditetapkan, kita buat RUN " 

          Bilik mesyuarat menjadi agak tegang, kedengaran bunyi bisikan antara organisasi sejurus mendengar pengumuman ketua program kami Prof Kanaga.

          Tiba-tiba seseorang bersuara, hampir semua ahli mesyuarat menoleh ke arahnya.

          "Tapi prof, masa tu, kami sedang klinikal,kalau tak silap saya, ramai juga yang berkinikal diluar Kuala Lumpur"

           Mesti pelik kan, kenapa pula tiba-tiba kami berat untuk buat run? Setelah menghubungi beberapa pengurus taman-taman rekreasi di Kuala Lumpur, beberapa minggu lepas, kami mendapati kebanyakkannya telah habis ditempah oleh pihak lain, sejak itu harapan kami untuk menbadakan acara larian hampir pudar.

           Namun begitu, kami tetap meneruskan usaha untuk megadakan acara tersebut, mengenangkan sesi ini mungkin menjadi sesi terakhir Prof Kanaga menjadi ketua program kami, kami rasa kami patut buat sesuatu untuk beliau agar menjadi salah satu kenangan manis yang boleh beliau kenangkan setelah bersara nanti.

           Bermula saat itu, kami bertungkus lumus mempublisitikan program kami ke seluruh pelosok  Malaysia.  Ini merupakan cabaran terbesar bagi kami kerana sasaran peserta kami agak ramai, iaitu 500 orang, perkara yang lebih mencabar adalah untuk mendapatkannya dalam masa kurang dari dua bulan. Namun begitu, hasil usaha dan rahmat yang esa, kami dapat mengumpul sejumlah 370 orang peserta. Walaupun nampak kecil, bagi aku ini satu pencapaian yang boleh dibanggakan untuk acara yang belum menempah nama dalam kalender rakyat Malaysia.

------------------------------------------------------------------------------------------------
            Aku tak mampu untuk menerangkan secara teliti apa yang berlaku sepanjang 2 bulan yang penuh cabaran itu. Biarlah ia terkubur perlahan-lahan dalam kotak memoriku ini. Apa yang aku belajar ketika menguruskan program ini kebanyakkannya adalah dari segi bidang tugasku sendiri yang pertama kali menjadi setiausaha program yang besar.

              Memang tak dapat dinafikan, ia merupakan tugas yang amat serabut,  dan memerlukan ketelitian dan kesabaran dalam mencatat setiap maklumat. Jika diikutkan, aku jarang memberikan perhatian sepanjang mesyuarat, namun bila ditugaskan untuk mencatat minit mesyuarat, baru aku tahu bertapa pentingnya menumpukan perhatian dalam setiap mesyuarat.

               Entah kenapa , habis sahaja program tersebut, aku tersedar sesuatu. Apakah usaha yang kita buat selama ini boleh dijadikan sumber pahala untuk memberatkan amalan kita di akhirat kelak?  Rupanya, itulah yang paling penting, mengapa kita semua sering terlupa?  Kita terlupa untuk meniatkan segalanya adalah kerana Allah dan untuk membantu agamanya.Bila selesai semuanya, barulah aku sedar, bertapa ruginya kita. Rugi kerana susah payah penat lelah yang kita buat selama ini habis begitu sahaja.

              Namun, selagi hayat dikandung badan, kita tak pernah terlambat untuk memperbetulkan segala kesilapan kita.Semperna tahun baru 2016 yang akan menjelang  kurang 5 jam dari sekarang , ayuhlah kita sama-sama niatkan segala amalan kita untuk tahun baru ini kerana Allah, agar kita tidak mensia-siakan masa yang diberikan. Akhir kata, selamat tahun baru !!!!!

No comments:

Post a Comment