Wednesday, July 8, 2015

THE FINAL


          “Ini dia jadual untuk sem ni” kata Dr Rozi sambil menghulurkan jadual sem 2 tahun 2 kepada kami. Perkara pertama aku buat , aku tengok keseluruhan kelas untuk satu sem, memang padat dengan kelas, amali, kuiz, exam dan projek tapi, apa yang memeranjatkan kami satu kelas adalah, tiada ruang untuk study week langsung !!!!

            Hari-hari yang mendatang dihadapi dengan penuh redha , hinggalah tiba dua minggu sebelum final. “Korang semua, Dr. Mazly nak ganti kelas hari rabu ni boleh? Pukul 8 pagi tu, Qila dah tak tahu lagi kat mana nak sumbat dah” soal Qila , class rep kami , orangnya lembut , sopan santun. Dia dipilih sebagai class rep hasil pemilihan dari mantan-mantan class rep sem lepas. Dah penghujung ni, semua setuju sahaja , malas nak layan dah.

              Hari tu, kelas habis macam biasa, tapi ada beberapa orang yang tinggal kerana ada kelas lain. Sem ni berbeza sikit dengan sem-sem yang lepas sebab ada 1/3 daripada kami mengambil 5 kredit lebih daripada 2/3 yang lain. “ Kau nak pergi mana lepasni jiah?” soalku kepada aziah. Aziah atau lebih dikenali sebagai Aziah Pororo , berikutan nama FB dia. “Oh, aku ngan chaie ada tempah lab, nak practice RA” jawab aziah. “Oh yeke, ok” balasku ringkas. Kadang-kadang ada juga rasa jeles sebab budak-budak ni ada banyak masa nak practice RA . RA tu singkatan daripada Radiografi Am, subjek 4 kreadit yang paling digeruni, sebab ia mempunyai ujian amali yang wajib lulus, dan kalau gagal, memang kene repeat, sebab tu lah memang kami akan mencari masa untuk practice.

             Bagi aku yang tak berapa nak ada masa untuk practice ni, bila ada masa, kadang-kadang aku tumpang sesiapa yang dah tempah, walaupun jadi patient pun jadilah. “Yuni, sinilah duduk sebelah kita.” kedengaran suara fuzz memanggil aku duduk di hadapan. Fuzz, seorang yang tinggi lampai, dia sangat komited dalam setiap perkara yang dia buat, setakat yang aku perasan sepanjang bersama dengan dialah. Pelajar tahun tiga masuk ke kelas, 5 kredit tambahan diambil bersama oleh pelajar tahun 3 yang menggugurkan subjek tersebut sewaktu mereka tahun 2.

            Kelas haritu habis agak lambat , kami keluar dari kelas pada pukul 5.30, muka semua macam dah tak larat dah aku tengok masing-masing. Tiba diatas bas, aku buka data ,tiba-tiba aku telah ditambah kedalam group , ‘PROJEK PID’ . Hmm memang sejak belakangan ni, berlambak group whatssap . Kalau diikutkan semua subjek ada projek, dan semua projek ada group. Sem ni, aku amik 10 subjek dan lebih kurang 8 hingga 9 group aku ada. Kau ada??? Hahaha

           Aku tak tahu dalam minggu tersebut atau minggu sebelumnya, aku tiba-tiba cakap dengan aziah, dengan nada macam mengeluh, “aziah, aku nak tukar kos lah”  . Erm tak taulah tetiba ja rasa macam stress gila duduk dalam kos ni umpama robot . Tapi, macam dah terlambat, ada lagi dua tahun sahaja.

          Minggu tersebut Berjaya dihabiskan dan tibalah masa minggu terakhir sebelum final, dimana minggu yang sepatutnya menjadi study week kami. Minggu dimana semua projek akan dibentangkan dan juga minggu paling stress. Minggu tersebut juga kami ada mock exam RA . Yang paling aku tak boleh lupa, ada satu hari tu, aku ada tiga pembentangan dalam masa yang sama ada  mock. Pagi  tu “Kringgggg!!” jam loceng aku berbunyi , aku tutup, tiba-tiba aku bangun, tengok jam dah pukul 9 pagi. Waktu kuarantin sepatutnya pukul 9 aku dah kene ada dekat makmal. Memang aku gelabah dan terus  call  Midah. Midah ni cool orangnya, suka lek-lek kacang, kalau ada masalah aku suka mebebel dengan dia sebab dia ni good listener.

       Nasib baik Midah tengah pegang fon waktu tu. Dengan nada cemas aku cakap “Midah, kau kene  ni midah, kau cakap dengan Miss kate, aku baru bangun ni, aku lambat.” Beberapa minit lepastu midah  call  balik, dia kata Miss Kate suruh datang dalam masa 10 minit . Masa tu aku rasa macam , ish memang mustahillah, kolej kami dari fakulti agak jauh, nak tunggu bas, makan masa 30 minit, nak jalan 20 minit. Masa tu aku dah siap-siap dah , aku mintak tolong budak-budak perempuan yang ada moto, tapi semua not available .

      Akhirnya aku ambil keputusan , jalan kaki. Dalam pukul 9.30 aku sampai fakulti, dan masa tu, Miss Kate tak layan aku pun, bila tiba giliran aku dia suruh aku tunggu, dia kasi orang lain dulu. “Ayuni, awak jadi orang last.”Kata Miss kate. Mock exam tersebut telah memakan banyak masa hingga terambil masa kelas lain yang turut ada pembentangan. Disebabkan aku orang last, aku pun tak tahu nak pergi pembentangan ataupun mock.Lalu aku pergi buat pembentangan dahulu sementara menunggu giliran. Tapi, memang mood aku tak baik masa tu , siapa buat hal , abislah kene dengan aku. Selesai kedua-duanya, aku tak tahulah apa yang aku buat masa pembentangan dan mock tadi.

        Kelas seterusnya juga pembentangan, tapi kali ini kumpulan kami membuat video dan kami tak perlu bentang di hadapan. Pensyrah kami menawarkan hadiah kepada kumpulan terbaik, Alhamdulillah, terubat sedikit stress aku sebab dapat tempat pertama. Next, semua balik kecuali 1/3 kelas untuk pembentangan lain pula. Untuk projek kali ini, kami bergabung dengan pelajar tahun 3, jadi ia menyebabkan sedikit kesukaran kerana kami perlu pergi keluar kolej malam tersebut untuk menyiapkan projek,kerana kebanyakkan ahli kumpulan tinggal di Plaza Rah .tu yang bangun lambat tu #alasan. Tapi Alhamdulillah, pembentangan kami amat baik dan wow, tak sangka , hebat-hebat semua orang. Hari yang dimulakan dengan kemelut , Alhamdulillah happy ending.

       Aku mula menyusun jadual study untuk 9 subjek yang bakal diambil dalam masa 3 minggu .  study week merumitkan lagi keadaan dan ditambah lagi dengan 2 lagi ujian amali yang  jumlah 
subjek ujian yang kami ambil adalah 11 . Aku tak tahu nak belajar macam mana . Kadang-kadang jeles jugak dengan budak kos lain yang ada study week, yang kurang subjek, tapi, bagi aku, Hidup perlu ada cabaran, haha walaupun dalam hati ni, Allah saja yang tahu. Aku takut juga nak menghadapi semua exam ni, tapi, apa nak buat, kita kene kuatlah.

       Minggu pertama, hari isnin kami sudah ada exam,  dan exam hari pertama amat mendukacitakan kerana, soalan yang diberi jauh sekali dengan apa yang kami gambarkan dan juga jauh dari past year. Keluar sahaja dari dewan peperiksaan, SUA cakap “Tak ada dalam lecture notes pun”. SUA tu singkatan dari Syahira Usman Ali, salah seorang budak kelas kami yang pandai dan pemniat tegar Arsenal. Peperiksaan amali pertama kami juga amat mendukacitakan kerana, tak tau nak cakap apa, tapi, dukacitalah.

      Tapi banyak-banyak minggu, minggu kedua paling sedih sekali. Exam berterusan sepanjang 5 hari. Dan minggu tersebutlah ada peperiksaan amali RA dan permulaan Ramadhan dalam hari yang sama. Hari isnin macam biasa, baca buku, jawab periksa, keluar dewan , bebel-bebel, balik bilik baca buku balik untuk kertas seterusnya. Tapi, hari selasa, kami digemparkan dengan result peperiksaan amali yang kami ambil minggu lepas. Aku antara orang yang kene repeat bahagian komunikasi. Mula-mula aku rasa biasa, tiba-tiba aku rasa macam sedih, tapi masa tu, memang aku stress sebab subjek hari rabu tu, memang banyak lagi aku tak cover  tiba-tiba keluar pulak kene repeat, masa tu Midah ada dalam bilik .

     “Ishh , stresslah macam ni, apa yang nak baca ni, banyak lagi ni, esok exam  pukul 12 ,” rungut aku.  “Go yuni, go yuni.” Kedengaran sorakan Midah yang hambar.  Masa tu aku rasa macam nak nangis, tiba – tiba Midah sebut satu perkataan , “Janganlah nangis.” Lagilah, air mata mencurah—curah. Haha , masa tu badan aku mula rasa sejuk dan bertambah sejuk, beberapa minit aku tak tahan, aku habiskan satu lecture notes dan pegi berselubung, badan aku menggigil, Midah kecilkan kipas 
 4 sampai 0, aku tetap menggigil. Aku minta tolong Midah carikan panadol. Aku makan, dan tidur. 
beberapa jam lepastu, aku bangun dan rasa macam badan dah elok sikit. Tak sangka aku boleh demam mengejut malam tu. Aku belajar semula hinggalah siang.

      Malam tu, aku bersama Fuzz ,Midah dan Chaie, belajar untuk peperiksaan amali RA , walaupun giliran kami pada hari kedua.Malam tu , aku masih demam lagi, tai bekalan panadol sudah habis, baiklah Ainaa ada, kasi aku bekalan panadol. Ainaa atau lebih dikenali sebagai Mekna, amat unik orangnya, tak tahu nak describe, tapi dia boleh jadi calon isteri yang terbaik. Esoknya pula, aku, Aziah dan Chaie, sekali lagi membuat persediaan untuk giliran kami pula. Cabaran bagi pelajar giliran hari kedua ini, adalah, peperiksaan kami sama dengan hari peperiksaan Hubungan Etnik. Cerita pasa hubungan Etnik, terima kasih kepada Aliya, budak kelas aku yang ayu dan pandai bergaya, yang mencetuskan idea untuk membahagikan peta minda untuk subjek tersebut. Malam tu, demam masih tidak mahu pergi jauh, aku bangun, tidur, bangun, tidur sambil belajar, buat sahaja apa yang termampu waktu tu.

     Hari sabtu, aku pergi ke klinik untuk mengambil ubat. Kami teruskan perjuangan untuk 3 lagi peperiksaan walaupun sebilangan pelajar sudah pulang kerumah untuk bercuti. Minggu tersebut juga mempunyai konflik tersendiri apabila keputusan peperiksaan amali RA dikeluarkan. Alhamdulillah, aku tidak tersenarai untuk  repeat. Ada juga berlaku pertumpahan air mata , disana – sini,  namun, sebagai pelajar PDR, pertumpahan airmata sudah biasa, kami perlu kuatkan semngat dan terus melangkah ,  kerana hidup memang memerlukan cabaran.

      Sekian sahaja entri blog kali ini, sengaja aku megubah corak penceritaan yang lebih kepada cerpen  walaupun tak begitu mengikut format. Mungkin ada sedikit perubahan daripada cerita sebenar kerana aku pun tak berapa ingat. Akhir kata selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri. Salah silap harap dimaafi.



           


3 comments:

  1. Tahniah . Boleh jadi writer lepas ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha nanti incase aku tak interested dengan PDR dah 😏

      Delete
  2. wahh mantap! suka duka dikongsi bersama :)

    ReplyDelete