Monday, May 18, 2015

TAKUT SALAH VS INGIN TAHU


Assalamualaikum,
Entri hari ini, aku saja nak meluahkan apa terbuku dihati, sedang aku menuju ke KTSN , dari UKM bangi, aku perhati di tingkap bas, kelihatan tiang-tiang lampu bergerak laju, lalu aku perhatikan papan iklan yang jauh sedikit dari tiang lampu, ia bergerak lebih perlahan. Aku terfikir, agak-agak apa theory fizik yang berkaitan dengan bende ni ? lepastu aku try lah pakai stop watch , kira. Konon-konon nak buat hypothesis. Lepastu ku berhenti. ...............
       Pertama sekali ku terfikir, "ahh, tak payah carilah semua ni, mesti ad scientist dah buat theori pasal ni."  Pemikiran macam ni aku rasa boleh wujud sebab kita dah biasa, terima semua theori yang dah diajar tak kesahlah scientist dulu tu nak tipu kita ke, apa ke kita terima ja. Jadi,  apa yang berlaku sekarang, kita cenderung untuk mendapatkan bukti disebalik teori yang dibuat dan bukan membuat teori berdasarkan bukti didepan mata. Sebab tu lah kita digelar generasi 'Y' ,generasi penyoal, bukan generasi pemikir.
          Kedua, aku terfikir, "kau salah , macam mana, ehh tk payahlah nak fikir"  . Apabila kita selalu disuap-suap dengan sesuatu yang sudah dikaji, sudah diketahui kesahihannya, dan sudah ada bukti pun, kita akan menjadi takut untuk buat slah ataupun dalam erti kata lain, kita takut akan kegagalan. Sedangkan, scientist terdahulu, beribu-ribu kali mngulangi eksperiment yang sama. Tapi, kita tak boleh nak pertikaikan perkara tersebut,  takkanlah kita nak marah scientist terdahulu,  sebab merekalah kita jadi macam ni, buka mulut, orang suapkan mkanan.
          Betullah , kita sebagai manusia tak akan bersyukur dengan apa yang kita ada, macam orang dulu, mereka tiada sebarang pengetahuan, mereka cari, mereka kaji, mereka menghargai apa yang ada sekliling mereka, bahkan sebiji epal yang jatuh atas kepala pun mereka kaji. Tapi sekarang, macam kes aku tadi , senang-seang je aku stop, biarkan sahaja perkara tu berlalu. Ok , nampak macam aku ni sembang kencang je kan? Biarlah, blog aku kot. Haha,  harap agar penulisan ni bermanfaat.
sekian.

No comments:

Post a Comment