Sunday, May 3, 2015

BIASALAH BRO

 


       Naik,sem 2 tahun 2, aku rasa fasa ni agak konflik kot, masing2 tengah nak cari identiti masing-masing , sebelum mula sem lagi kami dah macam hape , pegi sini , pegi sana, tak duduk. Macam biasa, kami budak -budak Pengimejan Diagnostik Dan Radioterapi perlu berjumpa dengan ketua program untuk taklimat kursus, sinilah start semua budak dah fikir masa depan, dan mula berazam tak nk main-main lagi (konon) . Sekarang ni , aku kasi info sikitlah pasal ni, orang yang dapat 3 pointer ke atas boleh amik 20-26 kredit, 2 -2.99 boleh amik tak lebih 20 kredit, and ada lagi yang boleh ambil 16 kreadit ke bawah.

 

     Dulu aku selalu juga tertanya-tanya, kenapa kita , waktu first year selalu sama-sama tapi ,aku tengok senior kebanyakkannnya jalan lonely and forever alone??? Now i know, sekarang ni, masing-masing ada komitmen masing-masing, MEP ,PMFSK, Toh Puan, BSMM, and kadang, tak ada masa nak tunggu orang, nak jalan sama-sama. Sekarang,  tak semestinya satu kos amik sama subjek, sebab ada orang yang kene drop, ada yang tak nak amik tu, nak amik ni, jadi, waktu kelas pun dah berbeza, so, semua bawa haluan masing-masing.

 

       Next, masing-masing dah besar, jawatan dalam.program pun besar jugak, kadang-kadang walaupun kita  member, tapi tanggungjawab dalam sesebuah organisasi perlu dijalankan, tak kisahlah pengarah tu kawan gila-gila kita, pemantau tu geng kita, tanggungjawab tetap jadi tanggungjawab. Kadang-kadang , sebab masalah ni lah boleh renggang  sesebuah ikatan persahabatan.

 

       Next, bila kita dah lama-lama bersama-sama, suka duka, kita memang akan tahu the true colour of masing-masing, betul tak? betullah kan. Yang ni, depends kat diri kita sendiri, sama ada nak take it positive or negative,. Contoh, jadikan ia positif , dengan menerima seadanya kawan kita tu, dah memang dia macam tu, nak buat macam mana. Then apa yang salah tu, kita nasihatlah haha, tetiba teringat, banyak kot aku dapat nasihat. Allah ciptakan manusia untuk melengkapi antara satu sama lain,  ok, aku kasi contoh, kalau takde orang yang buat onar, ada ke polis didunia ni?

 

            Part last ni, memang ramai orang suka, biasalah bro, fasa-fasa umur 20-an ni, ramai orang dah start fikir masa depan, i mean, nak kawin, nak ada anak, ok, yang ni lawak, semua orang dok buat #MMZ , (misi mencari zauj/jah) . Dalam bermisi-misi ni, adalah jugak aku nampak, mereka berjaya dengan cemerlangnya, tapi dalam masa yang sama , ada juga yang belum berjaya, terluka? hmm takkanlah takde, ada juga yang ------------ tiada penghujung. So, aku? Haha,  asyik dok perati orang, aku #hambar je lah.  

          

           So, konklusi kepada post kali ini, sebenarnya aku nak cakap yang hidup kita ni ada turun naiknya, ada masa kita gembira huhahuha, ada masa kita sedih sobsobsob, ada masa kita gaduh dushdushdush  ada masa kita sweet (takde bunyi) . Tapi itulah hidup , tetiba aku rasa nak nyanyi, “Dalam hidup ini, harungi semua cerita indahku, saat – saat remaja yang terindah tak bisa terulang , ku ingin nikmati, segala jalan yang ada di hadapku, kan kutanamkan cintaku kasihku agar, ku bahagia” Nex , remember, semua ni sementara, last2 back to basic, semuanya ketentuan tuhan supaya kita lebih dekat dengannya.

 

No comments:

Post a Comment