Friday, February 13, 2015

Misi Pasca Banjir OPKIM PART 3

Assalamualaikum,

   Hari ketiga misi pasca banjir di Kelantan. Hari ni sangat mencabar, kami perlu mengemas bilik asrama yng kami tinggal, tapi, aku dengan syera fadzil pagi-pagi tu pergi melencong ke dapur sekejap untuk tolong kak hawa dan kak ika potong bawang dan terung, lamalah jugak kami potong sambil borak.

    Next , aku rasa serba salah, sebab tak amik gambar budak - budak ni mengemas, so, aku pergi naik atas, tinjau kawasan ceh. Laju juga dyorang ni kemas, dah nak siap dah. Next aku amik kain lap aku dan terus aim tingkap bilik hujung. aku pun lap semua tingkap bilik tu. Ni bukan sebarang kotoran tau, ni lumpur , hancus kain aku.

    lepastu, bekalan air terputus, so , kerja -kerja pembersihan tergendala seketika. Aku pun, yang tak suka dok diam ni, pergi surau balik. On the way pergi surau, aku jumpa dania, aku jalan masuk surau dengan dia, dalam surau kami susun quran dan sejadah. Sementara tu, dania dengan kawan-kawan dia tengah main kamera aku. Aku tak kesah pun, sebab kesian tengok budak-budak ni. Sekali sekala jumpa, apa salahnya.

     Next,  dania ajak aku main nusuk. Tah ape nusuk tu aku pun tak tau. Rupa rupanya, main nyorok - nyorok. Dyorang suruh aku kira pulak tu. hmm layan je lah. Budak budak ni ada ramai, Dania, shasha, alaudin, yang, zaim, shakir dan amirul. Dyorang ni nakal sangat. Si zaim tu, dia pegi gigit tangan aku,  lepastu ku larilah, dia kejar, takut gila, ganas budak tu. Lepas main sembunyi, kami main kamera smbil cerita macam2 .

     Shakir dengan alaudin tengok gambar kat kamera, lepastu ternampak gambar klcc yang aku ambil dari ktsn, teruja sangat dyorang. Aku cakap nanti datang KL, belajar pandai-pandai, ceh, bajet macam aku pandai sangat je. Lepastu, amirul tanya, kak beli mana kamera ni, aku ckplah aku beli kat kl lepas tu, aku cakap bende sama jugak kat amirul. Lepastu, aku tanya sorang -sorang, cita-cita. Shakir nk jadi bomba, Amirul -polis, shasha-professor,alaudin-Dr , yang kecik lagi, tak tau caap sangat, zaim pulak nakal sangat, tak boleh nak tanya apa-apa. Best, aku ada juga tanya pasal banjir, shasha cakp ada sorang kawan dia, nama amirah, lemas, tak dapat diselamatkan.

    Tiba-tiba dania datang bawa aiskrim pop, aziah belanja. Semua jerit nak aiskrim!!!! lah,  sampai ada yang merajuk. Lepastu, kami bawaklah semua pegi kedai depan sekolah, beli aiskrim. Kami kee seberang jalan besar, semua pimpin tangan lintas. Lepa beli aiskrim, kami pergi padang sekolah,yerjumpa pula bola sepak, terus budak ni, dengan aiskrim kat tangan, main bola,chaie, era, jerah, aziah pun join sekali. Aku duduk tepi padang je, jaga Yang, dia paling kecik sekali, 4 tahun, comel je, baik ja 😭😭 nak jumpa Yang lagi ! Lepastu kami jumpa tali, terus main tarik tali. Best sangat masa tu. Macam happy family pun ada jugak aku tengok.

    Habis aiskrim, kami naik bilik, nak sambung kemas, semua budak nak ikut, kecoh bilik tu jadinya. Masa tu sedang proses pasang tikar getah, susun katil, tilam dan bantal. Semua proses bejalan lancar dan bilik semua jadi cantik dah. Sementara tunggu lelaki solat jumaat, kami tidur dulu. Tengah hari yang memenatkan.

.........Next activity.............,......................
    Petang pula, selepas makan tengahari  kami ada lagi satu misi, ke kampung bertam lama. Kami bertolak dalam satu bas sahaja, so kongsi tempat duduk. Jauh juga kawasan tu, dekat dengan landasan keretapi dan sungai. Tujuan kami adalah untuk mmbersihkan balai raya dan mengagihkn sumbangan.

     Untuk menuju ke Kampung tersebut, kami perlu lalu jambatan yang dilalui kereta api. Ada laluan moto, tapi aku malas nk lalu situ, tak trill, so aku lalu kat laluan kereta api, merentasi sungai. Tinggi ! seram jugak sebab laluan dia jarak jauh-jauh. Agak slow perjalanan.Nak sangat kan, hahah.

     Ok, next dah sampai balai raya, kami dipecahkan kepada 2 kumpulan, kumpulan membersih dn kumpulan mengagih bantuan ..Aku malas nak jalan panas-panas, so, aku membersih. Yng ni real punya kotor, memang belum ada orang bersihkan lagi tempat ni, so, selut tinggi walaupun kat dalam balai raya. Mula - mula kami keluarkan semua barang seperti meja , kerusi, lepastu baru bersihkan tingkap dan lantai. Kami guna water jet untuk mudahkan kerja. Aku try semua bende, bersihbtingkap, tolak air, simbah air, banyak lagi.

       Habis, dah penat, tetiba din nak belanja kiteorg makn abc, ehh rezeki perlu diterima, hahaha. Eh, murah je tau singgit, sedap pulak tu. Tapi serius , baju kiteorang masa tu, erm jngan harap nak pegi TS, jogging Titiwangsa pun aku tak nak pakai, kotor gila!  Lepastu, kami pergi jalan kampung kejap, pergi stesen kereta api, pergi rumah atas rumah. Rumah tu kepunyaan seorang nenek ni, katanya, dah lama mengimpikan rumah dua tingkat, akhirnya termakbul hihi.

     Lepastu kami pulang, masing-masing muka penat . Tapi, Alhamdulillah, semngat kami masih kuat. Go UKM !

   

      

No comments:

Post a Comment