Friday, February 13, 2015

Misi Pasca Banjir OPKIM PART 2

Day 2

      Tiba masanya untuk kami memulakan tugas. Seawal pukul 6.30 kami bangun(seenarnya ada orang bangun lagi awal) . Pagi tu kami sarapan nasi goreng. Sekepas sarapan, kai berpecah mengikut tugas masing -masing. Selingan....Pagi tu, lepas sarapan, aku basuh bekas, lepastu tak pasal-pasal semua orang suruh aku bauh bekas dia.😾😾😾 ishh.
o
        Ok, Kami pergi ke dewan Sklk . Sebelum tu, aku, fazlee faz dan kk id sempat ke pintu pagar sekolah , kelihatan  2 orang pengawas sedang menjaga pintu untuk mencatat nm pelajar lambat. Teringat dulu2 eceh...

       Setibanya kami di dewan sekolah, semua pelajar telah pun dikumpul mengikut tahap.  Kami berasa amt teruja untuk bersama - sama adik-adik. Lalu perasaan teruja tersebut hilang ketika kami mengarahkan mereka beratur mengikut kelas. Ya ALLAH ,boleh dikatakan, setiap pergerakan, ada pergaduhan, budak -budak ni sangat buas dan nakal. Kami tak tahu nak kawal macam mana. Kebetulan masa tu , tempat berkumpul dicemari kaca, ramai pula yang cedera. Tapi,aku rada, kalau mereka duduk diam2 , ok ja.

     Ramai kawan-kawanku pada mulanya ok, akhirnya semua pening. Lepastu, aku ambil microfon, buat arahan . Barulah teratur 'sedikit' , ulang suara, sedikit ja.

     Aktiviti pertama, senaman si Tommy. Oleh kerana kami tiada lagu, jadi akulah yang menyanyi , sebab aku ja yang tau full version. Budak -budak ni amat suka senaman tu, sampai 3 kli kami ulang. Tapi, sakitlah tekak aku dok jerit bagai. Comel sangat budak-budak sklk ni.

   Lepastu, disebabkan keadaan; elajar yang saaaaangat huru hara, kami main lagi satu game simple, Goreng Pisang. Lelaki lawan perempuan.Serius, sanat kecoh dan bising. Akhirnya, lelaki menang. Selesai permainan, kami beri mereka rehat. Masa tu, memang kami brainstorm balik, sebab nak sesuaikan permainan dengan keadaan pelajar yang hyper active.

     Lepas rehat, ada penyampaian hadiah daripada pihak ukm kepada pihak sekolah. Ada juga pihak lain yang datang bantu. Selepas itu, dalam perancangan kami, mereka kan bermain beberapa permainan lain, namun tak sempat, sebab Dr. Hida ingin memberi sedikit motivasi kepada pelajar2 tersebut.

     Semasa sesi dr hida, aku dengan aziah, chaie, pergi ke dapur, tempat d mereka masak. Patutnya memang giliran kami bertugas membantu memasak. Masa kami tiba, semu dah settle, apa lagi, kami bedallah, makan dulu, alang2 abang2 ni masak telur dadar sekali. Tapi, serius......pedas gila, menangis kot aku makan.

    Lepas makan, kami kembali ke dewan sekolah , masa tu, semua murid tengah nyanyi lagu perpisahan untuk kami. Sebak rasanya, walaupun buas, namun korang memang comel. Lepastu, semua dok amik no. kami, jadi retis jugalah kejap.

.................Next activity..,.......................

     Selepas solat zohor, kami  beramai -ramai pergi ke Kampung Limau purut.  Lokasi tersebut dipilih berdasarkan cadangan seorang mak cik , katanya bantuan jarang sampai ke tempat tersebut . Disana, aku bersama beberapa staf dan pelajar ke rumah yang sangat teruk dilanda banjir. Kata pak cik tersebut, rumah tu bukan musnah disebabkan banjir, tapi disebabkan ombak kuat hasil dari bot laju yang dipandu anggota penyelamat.

    Kemudian, kami ke sebuah rumah lain, air naik sehingga paras dapur sahaja, tak sampai ke depan rumah. Tujuan kami buat kunjungan adalah mengantar sumbangn seperti goodies bag, tunku masak, tong gas, dan tuala. Kampung tu kecil saja, kami pergi setakat dua rumah ja sebab yang lain semua dah dikunjungi pelaar lain.

    Selesai aktiviti, kami balik jalan kaki saja sebab bas pergi  ambik budak di pasir tumboh. Ni aku nk cerita sikit, Omcit, dia memang tak ikut pegi pasir tumboh, lepastu dia dengan aku bersedihlah, sesama, tapi last-last pagi tu, aku ternampk dia kat dalam bas, selamba ja pergi . Punyalah geram dengan budak tu!

    lepastu, kami menggagahkan diri berjalan kaki. Ingatkan dekat , rupanya, jauhlah jugak, panaslah jugak kaki aku berjalan. Tapi, hikmahnya kami berjalan ni, kami dapat peluang tengok dengan lebih dekat, keadaan sekeliling. Kamivtak keseorangan, kami ditemani adik-adik kampung yang kebanyakknnya anak murid sklk.

     Malam tu , macam biasa, taklimat dan makan malam.

     

    

  
     

No comments:

Post a Comment