Friday, February 13, 2015

Misi Pasca Banjir OPKIM PART 1

Assalamualaikum,
     11/2/2015. Kami, memulakan perjalanan ke Gua Musang Kelantan ,Pada pukul 10.30 pagi, perasaan masa tu macam rasa excited, dah lama tak pergi kelantan. Sebelum bergerak, kami diberikan taklimat oleh Dr.Hida dan berkenalan dengan beberapa orang staf yang mennyertai program ini antaranya termasuklah pemandu, staf pejabat dekan dan pengawal.

     Dalam pukul 6.30 petang, kami sampai di sekolah SK Limau Kasturi 1.   Sekolah ini nampak seperti sekolah baru, tapi terjejas amat teruk akibat banjir . Air naik sehingga aras dua . Kanak-kanak di situ amat peramah, sewaktu kami sampai, ramai juga kelihatan anak-aak cikgu yang tinggal di Kuarters guru sedang bermain.

    Oh ya, lupa untuk misi kali ini, aku memegang jawatan sebagai exco multimedia. Tugas ni amat menarik, sebab aku ada kamera sendiri, dan aku minat gila ambil gambar. Aku dengan gembiranya, bawa stand sekali.

     Turun ja dari bas, aku terjumpa Damia, murid SKLK , anak cikgu, aku amik gambar dengan dia, lepastu dia nak tengok kamera aku, aku pula layan ja, habis, semua kawan-kawan di datang, orang lain semua dah kemas varang, aku sorang tersepit kat budak budak ni, akhirnya, aku suruhlah din amik kmera aku kat budak tu, disebabkn bahasa dia lembut sangat, memang tak dapatlah, pastu aku suruh loq mintakkan, hah amik kau, terus dia kasi, kih kih.

      Pada mulanya, kami kemas bilik asrama untuk kami tidur, kami diberi tilam dan tidur di atas lantai. Keadaan asrama amat menyedihkan, dinding dan lantai berlumpur, dewan makan tak boleh digunakan sebab peralatan semua rosak.

       Selesai kemas bilik, kami makan malam. Disebabkan dewan makan rosak, kami , bersamanstaf UKM masak sendiri, best!! abang- abang ni masak sedap. Kami ada juga tolong, tolong basuh pinggan. Kami perlu bawa bekas makanan sendiri.

      Malam tu taklimat untuk aktiviti esok. Kami diberi task untuk membuat modul ktiviti bersama pelajar tahap satu dan tahap dua . Ada juga yng perlu mengecat dinding. Tempat sasaran kami adalah SKLK dan Pasir Tumboh. Aku memilih untuk membuat modul tahap satu untuk sekolah limau kasturi.

       Kami brainstorm dalm asa 20 minit. Budak - budak ukm ni memang pakar bab - bab brainstorm, sebab memang banyak masalah program kolej atau fakulti yang perlu brainstorm saat2 akhir.

     Selepas tu, kami balik bilik, tido.Ok sambung part 2 di catatan seterusnya.

No comments:

Post a Comment