Saturday, February 7, 2015

Love In Penang

Assalamualaikum,
Sekarang, aku tengah dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Ha! awat aku pi pineng? Meh sini aku cita na.

Kami , (aku, ezra,aziah,chaie,yusuf,zack,shakir), ke penang untuk bercuti, sebelum menamatkn cuti sem kami. Asalnya, kami perempuan-perempuan saja yang nak pergi, akhirnya ajak punya ajak, budak-budak laki ni join sekali. Bagus jugak, boleh jadi driver kami.

Hari pertama,

    Kami datang penang dari KL (pudu) kami naik bas etika, tapi, aku nasihat , jangan naik bas ni sebab , tiket kami pukul 9.30 pagi, bas punyalah lambat, kami mula bertolak pukul 10.15 . Dalam pukul 2.15 kami sampai Butterworth.

   Yang naik dari KL ni , aku, chaie dan aziah saja, Ezra tuan rumah, Shakir dari kedah, Yusuf perlis, zack perak. Mereka suma dah sampai awal dah, kami, sewa kereta alza .

     Kami start menjlaah Pineng dengan menaiki Feri ke Pulau , tambang dalam RM 7-8 , apa lagi, sorang singgit lah. Ferry ni, kami naik dengan kereta2,sekali.

     First, kami ke Bukit Bendera/penang hill. Tambang kalau ada student card, RM 4 ja,tapi, tak boleh tipu ehh, depa cek satu-satu, Jangan jadi macam usop, tak bawak, akhirnya, kene charge 10 hinggit (harga untuk yang ada mycard). So itulah pentingnya kad matrik.

     Kami naik atas guna train, curam gila! Kami pulak duduk paling depan sekali , tempat driver tu. Sampai ja atas, sejuknya, best sangat, kat atas tu ada muzium burung hantu, taman aviari, pad lock area dan tempat makan, mmang best, jalanlah semua tempat.

    Lepastu, dah nak pukul 7 tu, kami turun guna train jugak, tapi kami duduk paling belakang, so, dalam erti kata lain, dapat duduk paling depan.

     Next, kami pergi solat kat padang kota, yang ni satu lagi , si Shakir cakap padang komtaq, zack cakap padang kota, aku pun tak tahu mana betul. Kami ingat nak makan kat sini, tapi mahal, so kami pergi Gurney, pasembur menari. Ezra pula pergi order pasemboq punyalah banyak, sampai 35 hinggit kene charge, tapi disebabkn lapaq yang melampau, kami habiskan, bukan tu aje, kami makan sate, laksa, char kuew teow, nasi lemak cili dan sotong kangkung .

     Habis ja makan, tiba2 hujan pulak, so kami round naik keta jelah, kami pergi lalu tepi pantai, lalu jambatan penng kedua yang sunyi gila. Budak2 ni pulak pegi buat ceghita hantu dalam keta. Pastu, sampai seberang, kami pergi auto city,masa tu ada pameran Love. Haha, lawak , kami amik gambaq sakan lah.

     Lastly, kami balik rumah ezra , tidoq, yang laki pulak tidoq rumah kawn usop. END OF DAY ONE.

Hari kedua,

      Plan kami harini, nak pergi ASCAPE PARK, teluk bahang. Awal pagi kami bangun ,semua sarapan kat rumah ezra, Pukul 8.30 kami mula gerak, pergi naik ferry lagi, then pergi batu feringgi. Jauh jugaklah, dlm pukul 10 baru sampai escape park. Fee dia RM 78 , tapi lastly dapat balik refund 10 hinggit. Please ! pakai kasut, Usop dan Shakir x bawa kasut, kene sewa RM 10.

      First, kami main flying lemur (flying fox), Ni bukan straight j eh, ada zig zag lagi. kecut perut jugaklah main. Next, main Go Ape . Go ape ni, panjat pokok sampai atas lepastu turun pakai tali. Next , hah , ni patutnya mainan budak2 tapi, aku, chaie, jerah  boleh naik, sebab berat tak lebih 55, nama dia trampolin yang ni, kita boleh buat flip kat atas. Next kami pergi, swingger, gayut macam tarzan, next kami pergi balance, kene jalan atas titi besi yang tinggi dan halus. Memang perlu keberanian. Pastu, kami pergi Flying kite, ni best, kami kene terbang diatas awan sambil mmegang layang2 besi yang besar!

      Pastu, smua dah exhausted, so kami beli air 2 botol besaq, n satu karipp besaq. Kongsi lah, mahal kot. Next, kami pergi aerobat, yang ni best , kami kene adi ahli gymnastik . ada yang dapat buat, ada yang tak, tapi aku dapat. Aku naik 2 kali , sebab x puas hati x boleh buat backflip. Jaguh disini, zack, sebab dia buat macam gymnast!

     Next, bebudak laki masuk pertandingan sepak takraw  lawan foreigner. kompomlah kami menang. Pastu usop masuk pertandingan panjat pokok kelapa, menang and dia menang. Hadiahnya, air kelapa. Fuh, lega, dpat minum ramai2, tak payah beli. Untung bawa usop haha. Next, kami pergi Atan Leap, yang ni, ala-ala budgi jumping, tapi tak jump, terus turun bawah je, macam bunuh diri. Kecut perut weyh. Next, kami pergi A maze, ala2 macam escape room. Serius, best , yang penting, jangan kentut dalam tu!

       Habis tu, kami solat jamak , kat surau, next, kami pergi Tubby racer, yang ni, kami pakai pelampung turun gelongsor( xde air pun) yang ni must try ye, sebab best! Next ,lastly, kami pergi monkey business, yang ni x tau nak cakap , tengoklah sendiri. Tup tup  dah pukul, 5.30, memang penat ! Bende ni pun dah nak tutup, so semua, datang pagi2 tau, baru dapat main semua, bukk pukul 9am. Kalau ak mndi dalam tu pun boleh.

   Next, lapar gila! So, kami pergi pantai teluk bahang, makan laksa yang paling sedap, laksa power nama dia. Aku order ABC, best, sementara tunggu makanan kami main pantai sat.

   Pastu, kami pegi Masjid terapung, mandi n solat kat situ.

   Next, kami makan lagi, kat Nasi Kandaq beratur, serius, memang beratur . Tapi sedaplah, yang penting, mintak kuah campoq. Next, kami nak tengok final maharaja lawak mega. So, pegi rumah kawan usop, tengok astro, ade yang tumbang, penat sangat. Pastu, balik rumah ezra , tido. END OF DAY 2.

   Lastly, hari last, kami pegi Penang Street Art, amik gambaq banyak-banyak dan lunch kat Queens Bay mall. Kami pula travel pukul 12.00 sebab semua tak larat nak bangun awal. Pukul 5 kami habis jalan, then, balik seberang.

    Bas kami pukul 5.30.ok , dh sampai pudu, ready for next journey, Misi banjir, Gua musng, kelantan.

sekian
A.A

    

No comments:

Post a Comment