Thursday, January 29, 2015

Buruh asing?

    Baru-baru ni digemparkn dengan kenyataan bahawa buruh asing menguasai pekerjaan sebagai buruh binaan di malaysia! kwnapa baru nk gempar? ari dulu aku perati je, memng semua buruh kasar terdiri daripada indon, bangla.

    Tadi, bapak aku yang bangkitkan isu ni kat rumah, lepastu mulalah ada yang cakap melayu ni malaslah, apalah.Lepastu bapak aku kata kalau budak2 yang tak sekolah ni kerja jadi buruh binaan, kompem kaya, duit banyak. Pastu aku sesaja test mak aku. mak apa kata kita suruh amin (adik aku) kerja jadi buruh binaan sebb dia nakal sangat.

    Mak aku pun cakap, ehhh... janganlah.
Hah, inilah buktinya . Mak aku tersengih. Tak nak pula anak dia jadi buruh binaan. No baru mak aku, kompem mak bapak orang lain pun macam tu.
   
    Perspektif masyarakat amat rendah terhadap buruh binaan. Sebab tu budak-budak yang memang tak minat sekolah sekarang tak tau nak kerja apa. Semua nak demand kerja bersih, air cond , tapi dah tak nk belajar, kita belajarlah kerja dari bawah, tak kesahlah kotaor ke ape dulu, lambat laun boleh tingkatkan posisi.

     Disebabkan terlalu demand, last2 tiada kerja, melepak, habiskan beras. Lepastu, pekerja asinglah yang berpusu-pusu mengambil peluang pekerjaan yang luas di Malaysia.

     Kami ada buat questionare mengeni lambakan pekerja asing di Malaysia untuk subjek TITAS. Kebanyakkan warga asing mendapat gaji antara 500 ke atas . Ada yang beribu-ribu. Ada tokey2 kedai, untung sampai ratus ribu. Ini memang kenyataan.

    Akhir kata ayuh, rakyat Malaysia! Terutamanya generasi Y , kita sama2, tamatkan perspektif ini, ingat rezeki di tangan tuhan, bukan di tangan pekerjaan.

sekian , A.A

No comments:

Post a Comment