Saturday, January 31, 2015

Kawen

Assalamualaikum,

Biasanya, petang - petang ni lah banyak idea.

Aku perati je , student perempuan ada 3 golongan ,

1.Yang feminin , suka bergaya , and unavailable . sebab dh hado yg punya.

2. Yang happy go lucky, gila2 dan hidup dia , hanya untuknya. Nak kata available, macam tak, nak kata tak, macam ye.

3.Yang baik, berbudi bahasa, solehah, yang not available jugak. Sebab memang x nak couple2 ni.

Salalunya golongan 1 n 2 yang selalu kawin dulu or macam dah kompem kawin , no. 1 n 3. Hahaha... kannn . Yang no. 2 ni, harap, belajarlah menjadi yang no. 3 kot. haha. kbye
sekian
A.A

Thursday, January 29, 2015

Buruh asing?

    Baru-baru ni digemparkn dengan kenyataan bahawa buruh asing menguasai pekerjaan sebagai buruh binaan di malaysia! kwnapa baru nk gempar? ari dulu aku perati je, memng semua buruh kasar terdiri daripada indon, bangla.

    Tadi, bapak aku yang bangkitkan isu ni kat rumah, lepastu mulalah ada yang cakap melayu ni malaslah, apalah.Lepastu bapak aku kata kalau budak2 yang tak sekolah ni kerja jadi buruh binaan, kompem kaya, duit banyak. Pastu aku sesaja test mak aku. mak apa kata kita suruh amin (adik aku) kerja jadi buruh binaan sebb dia nakal sangat.

    Mak aku pun cakap, ehhh... janganlah.
Hah, inilah buktinya . Mak aku tersengih. Tak nak pula anak dia jadi buruh binaan. No baru mak aku, kompem mak bapak orang lain pun macam tu.
   
    Perspektif masyarakat amat rendah terhadap buruh binaan. Sebab tu budak-budak yang memang tak minat sekolah sekarang tak tau nak kerja apa. Semua nak demand kerja bersih, air cond , tapi dah tak nk belajar, kita belajarlah kerja dari bawah, tak kesahlah kotaor ke ape dulu, lambat laun boleh tingkatkan posisi.

     Disebabkan terlalu demand, last2 tiada kerja, melepak, habiskan beras. Lepastu, pekerja asinglah yang berpusu-pusu mengambil peluang pekerjaan yang luas di Malaysia.

     Kami ada buat questionare mengeni lambakan pekerja asing di Malaysia untuk subjek TITAS. Kebanyakkan warga asing mendapat gaji antara 500 ke atas . Ada yang beribu-ribu. Ada tokey2 kedai, untung sampai ratus ribu. Ini memang kenyataan.

    Akhir kata ayuh, rakyat Malaysia! Terutamanya generasi Y , kita sama2, tamatkan perspektif ini, ingat rezeki di tangan tuhan, bukan di tangan pekerjaan.

sekian , A.A

Mulakan

Assalamualaikum,

Macam mana nak mula ek?

Tak tau nak mula lagi ni?,

Nak buat ayat apa yer?

Let me start with a story.

    Suatu hari, cuti midsem dah mula, tapi , aku tak pulang kerumah dek kerana banyak lagi tak study .Tapi, disebabkan dah lama tak study, aku dah lupa, macam mana nak mula. Erm,  lepastu, mulalah aku buat benda lain,  tak memulakan langkah untuk buku langsung !
     Esoknya, aku rasa macam dah lambat, jadi aku pun bukak lecture notes, Paaap .... tido. Ok , ngantuk giler sejurus membaca satu page, dah kelihatan, banyak lagi aku perlu baca dan aku mula kelam kabut, nak elak tido lagi, nak buat short notes, nak paham, nak hafal. Tetiba aku rasa rugi dengan semalam, yang aku tak tahu macam mana nak mula. Patut aku mula lebih awal.
      Hah ! kan dah panjang dah aku menaip, tadi tak tau nak buat ayat ape konon. Ok , point aku kat sini adalah, mulakan langkah , selalu orang kasi alasan untuk tak buat sesuatu adalah tak minat, tak tahu dan macam-macam lagi . Tapi, cuba mula, pasti kau akan mengerti.
       Contoh, nak hafal surah, ok kita rasa macam panjangnya, malasnya nak hafal. Tapi cuba mulakan langkah, hafal ayat pertama, tengok maksud dia, lepastu insyaallah, kalau dah faham ayat pertama, pasti ayt kedua dan sterusnya menyusul.
      Contoh, haritu aku nak bersma my lovely kak min pdr .Kami nak ari responden untuk borang soal jawab di jalan TAR. Responden yang diperlukan adalah pekerja warga asing, memang susah sangat kami nak mulakan, hampir setengh jam jugak duduk tepi jalan, tak bat apa-apa sebab malu, takut n banyak lagi. Lepastu, kami sedar, kami perlu bangkit dan mulakan langkah, kami terus memberanikan diri pergi satu kedai kain ni, Alhamdulillah lepastu, dalam masa 10 minit.. dah habis questionare haha.
      Akhir kata, mulakah ok, jom mulakan... Tapi ingat, mengakhirkan pun penting jugak. Kbye, assalamualaikum.
      
Sekian
A.A

Sunday, January 25, 2015

Tahun 2 sem 1

Assalamualaikum semua,
Sekarang tengah cuti sem macam biasa, cuti sem, lepas habis final exam, balik rumah, bawak beg, baju , laptop, hp, buku (bukan buku pelajaran)

Post ni khas untuk ceriter sem 1 2014/2015

Sem ni adalah sem yang paling mencabar,sibuk, penat, seteres , best entah ape lagi.

Ok aq citer one cokela
1.Perhimpunan KOR SISPA kebangsaan

Sem ini dimulakan dengan sesuatu yang belum pernah aku lalui sepanjang hidupku, iaitu menjadi Liason Officer untuk semua SISPA dari ipta lain. Kerja ni memang mencabar, Kami ditugaskan untuk membantu ipta lain yang menyertai perhimpunan ni, tapi, malangnya, kami tak boleh nak bantu banyak, sebab kami ukm kl dan event tu but kat ukm bangi yang jalannya, mashallah, berselirat . ok rasanya dah diperincikan dalam post sebelum ni.

2.Minggu Mesra Mahasiswa

  Next, my journey to next sem continue with this event. Alhamdulillah, setelah memohon untuk menjadi pemudahcara mahasiswa sesi 2014/2015 aku terpilih untuk menjadi sebahagian daripada mereka turut bersama ,my roomate aziah pororo. Bermula dari kem,perkampungan, sampailah minggu kejadian, banyak sangat pengalaman baru, contohnya, tidur dalam pasir, jumpa sekujur tubuh , pergi bli lanyard, baju , kasut borong kt chowkit , lari2 . ok banyak lagi. Alhamdulillah, sebagai biro protokol aku sangt seronok bekerjasama dengan rakan2 pc KTSN. Insyaallah, tahun depan aku nak try nasib lagi.

3.PMFSK-perjumpaan dgn oelajar 1st year.

     Alhmdulillah , setelah dilantik menjadi Exco perhubungan PMFSK, naik sem, dah kene buat keje, maka, event first kami adalah, perjumpaan dengan pelajar first year , ok agak serabut , aq kene buat text mc lah pulak, baik simple saja. Tak ada apa sangat, tapi best jugak sebab majoriti rami first year dah kenal hakaq PC YUNI ni hihi.. famous jap.Dalam perjumpaan ni, kami memperkenanlkan barisan pmfsk serta aktiviti2 yang bakal dijalankan.

4. Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi.

     Lupa pulak nk cerita, sem ni pula sem culture shock! apabila kami perlu mengambil 9 subjek dimana semuanya adalah benda baru. Ok sangat shock, lecture, assignment ,practical project. bla..bla..bla...quiz! test! ok fine. banyak sangat.

5. MPPK

   Kalau waktu first year aku pergi mendaftar kelab , now, aku pulak yang promosi kelab. Tapi banyak kelab yang aku terlibat untuk promosi. First, SISPA, aku kene hias booth je, and yess I'm done. Next, badar, aku tolong promelote saja. Next, AQUILA ok, yang ni aku jaga, siap pasang tent, ground, masak maggi. Silat?? aku berhenti sudah. maaf. Masa ni sangtlah bizi . kelas + booth +assignment kbye. MPPK ni merupakan satu medan untuk pelajar tahun satu menyertai kelab2 kesukaan mereka .

6.Hari Interaksi BADAR

 
Hari interaksi ni merupaan wadah, ceh untuk mengeratkan hubungan antara myteam BADAR serta pengenalan pimpinn BADAR ukmkl sesi 2014/2015.Banyak juga diselitkan game2 ukhwah dan pengisian dari pimpinan .Sebenarnya organisasi ni dah dibentuk sejak sem lepas lagi , dan paling best, aku jadi S/U , jawatan yang kalau boleh aku nak elak lah. memng aku tak suka, i repeat, tak suka jadi S/U ,tapi aku bersyukur jugak, at least, tahu seelok belok tugas s/u ni macam mana kerjanya, buat kertas kerja, mintak sain, mintak belanjawan, buat  dan hantar post mortem . Serius aku tak akan sesekali mendekatkan diri dengan jawatan ini, kecuali dipaksa. haha.

7.  BBQ AQUILA

Ok, macam biasa, untuk mengeratkan lagi hubungan dengan junior, kami plan satu bbq yang melibatkan sate bapak gua, kerang, sandwich dan sedikit tips mendaki dari superbs senior kami. Event ni , boeh tahan, best , yang penting kenyang.

8. Midsem

    Midsem kali ni agak teruk, dari segi masa, sebab dibuat selepas cuti sem, bayangkan, subjek kami berapa banyak, memang study weeklah cuti sem kami, erm dahlah banyak berfoya- foya, makan kepci  wangsa maju lah, bowling,mamak.. ishh . Tapi bagus jugak, xdelah kami tak sempat nak study.

9. PMFSK-Lawatan Pelajar UIA

       Suatu hari, pihak dekan kasi kerja kepada kami untuk megelola permohonn pelajar UIA untuk melawat Fakulti kami, oleh itu aku sebagai exco perhubungan diberi tugasan untuk berkomunikasi eceh.. dengan  wakil uia, mula2 mereka nak datang waktu cuti midsem tu , tapi seepas dibawak berbincang, kami putuskan untuk dibuat selepas ujian midsem.
Tujuan pelajar ni datang untuk melihat faciliti yang ada di ukmkl ni, antara kos yang ada, dietetik, biomedik, optometri ,audio.  Alhamdulillah, berjalan lancar, dan dapat feedback yang positif. thanks to all PMFSK member.

10. Pemilihan Majlis perwakilan pelajar ukm.

    Event ni, sebenarnya sem lepas, memang aku malas nak amik kesah, nak2 kad matrik aku hilang , memng aku tak mengundi pon. Tapi, amik kau, tahun ni, aku kene handle diskusi mahasiswa , khas buat calon2 pihak bertanding. Event ni agak kontroversi, sebab last minute tetiba dibatalan oleh pihak dekan, dah, aku kene ulang alik pejabat dekan, baik tak banyak kelas time tu. Thanks to the bro daud and jerah yang banyak bantu waktu hari kejadian. ketaq kot jadi mc.

11. Kem kepimpinan Al -Fateh

Ni event luar ukm , aku dijadikan organisasi dalam accidentally dan mula2 dikatakan hanya ajk, tetapi tetiba jadi 'programmer' . Meeting ni paling dahsyat, sampai malam ,  ok ..pagi. Tak nak cerita banyak, tapi Alhamdulillah  , berdasarkn tunjuk ajaq senior,kem tersebut dapat berjlan lancar. Tapi ade tak puas ati sikit, apabila diberi tugas sejurus selepas bangun tidur, dan muka aku macam..ok malas nak cerita.

12.PDR- Perkampungan orang asli

   Event ni dibawah subjek pengurusan pesakit. Ini adalah program khas untuk menunjukkan cara membuat pemeriksaan sendiri payudara kepada kominiti orang asli di gombak. Aku sebagai ajk makann. Cabaranya , kami terpaksa melayan anak2 oag yang asyik serbu kaunter makanan. Ok , apa yang best, aku dapat pengalaman mengendalikan kaedah pemeriksaan sendiri payudara kepada pengunjung yng sudah menoupouse ,anak remaja dan seorang ibu , selain kaedah psp, kami juga turut menyedakan aktiviti mewarna dan mecuci tangan untuk kanak2.Kami juga ada mengutip derma untuk program ini, seperti permainan, dana, baju dll.

13. PDR - Hari Radiografi Sedunia

     Exco cenderamata, itulah tugas aku untuk HRS kali ini, organisasinya, campur 2nd-4th year.Agak serabut, tapi Alhamdulillah berjlan lancar, baru kami tahu, macam mana buat event bersama lecturer . Dengan HRS ni jugak, muka aku asyik mencapub kat pejabat dekan. Aku suka sesi bersama our super senior PDR, owhsem giler dengar pengalaman dyorang.

14. PDR - HOSPICE
 
      Event ni berlaku sejurus selepas HRS , aku sebagai exco multimedia, dan aku happy with it. Aku baru nak berjinak dengan photoshop sebenarnya, lagi2 bila yo (budak class aku ) tolong install yang latest punya. Tapi, point penting untuk event ni, adalah hospice tu sendiri, banyak pengajaran yang diperolehi sewaktu seharian bersama orang2 tua yang semuanya sakit disini. Kami buat kelainan sikit, kami belikan langsir untuk satu rumah dan masakkan untuk mereka, barulah kasih sayang lebih. Tapi, highlighted part waktu bli langsir dengan lecture aku, skip kelas, tak boleh bela. Best gak time sume tengah kemas2 , kami pergi lepak mamak jap ngan en. din. Haha, haritu sangat panas, smpai berdarah hidung aku. Tapi, part paling sedey pabila aq transfer sorang makcik ni, tapo terhentak sikit sampi dia menangis . ok serba salah sangat waktu tu.🙏

15.PDR -interaksi

    Lupa nak cerita, hari interaksi PDR , event ni berlaku awl tahun, lebih kurang serentak dengan mppk kot. aku sebagai exco perhubungan , tapi tak sangat, kami sama2 handle, kami buat kelainan sikit, tak formal lngsung, buat kat pkp and padang ktsn je, waktu malam , tak jmput lecture pon. Tapi, ada sate, bihun  jagung, coslow, hotdox , cokelat ya Allah, heaven giler makanan . Persembahan hadiq2 pun best, third year pun join tau. Paling best, sukaneka. Pada mulanya, just campak belon air, last2 pecahkan belon air, dan semua basah. pastu, balik tepung dan semua jadi cekodok. Alhamdulillah, best . Thanks kawan2 PDR . Syera Fadzil pengarah hebat.

16. SISPA - Latihn medan

Latihan medan kali ini amat menguji segala ilmu sispa yan kmi belajar selama ini, explorace yang amat padat . Dan aku tak menawarkan diri menjadi mangsa langsung. Aku satu group ngan usop  , sama cam dulu. Nak cerita basic life support, menyelamat, ambulance, ascending, sangat best. lagi2 nak cari jalan semua tengok peta. Lastly aku duduk medic base semasa acara penutup, memang pengalaman yang best, sebab aku pertama kali menghadap orang pengsan yang begitu banyak , angkat , kasi air  memang takut jugk sebab tkut kita cuai. tahun ni kami dihandle oleh kompeni 2 , next time, kami pulak organiser.

17. Final

     Tahun ni, kami ade 9 paper, ok berdasarkan event2 yang disebut diatas, maka , ianya satu cabaran untuk finl kli ini. Kurang masa untuk ulang kaji selepas habis kelas, so final kali amatlah aku bekerja keras, ada 2 paper yang aku tak tido malam dok membaca, sampai esoknya terus jawab. kami perlu tunggu 3 minggu pulak tu, nak habiskan 9 paper. perit sangat.

18. AQUILA -Gunung arong

     Tahun ni ada trip tak?? Ada, don't worry, trip ni kami dah rancang lama, kertas kera siap dalam satu malam ja, advance seyh. Asalnya, kami nak ke KORBU GAYONG 7ribu kaki, 5 hari, tapi, Allah sebaik2 perancang, kami ke Gunung Arong, di mersing johor. Trip ni amat santai, kami lebihkn makann yang mewah, kurangkan tension. menu kami kari, bbq, spagetti .heaven uolss .keje kami set campsite , masak, makan  , main ,  tido. Hari second baru mendaki , tapi kejap je , pastu main ombak. best giler ombak dy. Kumpulan akubpaling gempak skali, Tagline kami MEGA! ok best giler.

Konklusi , memang tahun ni sangat mencabar segalanya. Tapi, aku banyak belajar perkara baru. Macam biasa, ada gurau senda, ada  memalukan, ada menyedihkan ,ada yang menaikkan hangin,  banyak lagi. tu semua pengalaman, uniknya pengalaman ni, hanya dengan menempuhnya, baru kita rasa. Insyaallah sem depan akan lebih baik.