Thursday, July 31, 2014

Lagu klasik

Lirik Lagu Budi Setahun Segunung Intan - Ahmad Jais/Kartina Dahari

Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan

assalamualaikum..
ok sekarang saya nak cerita pasal lagu2 klasik. Ramai kengkawan aku pelik aku ni sua sangat lagu lama2 .tapi apa yang menarik dengan lagu klasik ni , ianya banyak berbantuk pantun, nasihat dan lagi satu melodinya sangat asli dan tak serabut macam lagu sekarang huhu..kalau nak dengatlr lagu2 klasik, rakaman piring hitam, boleh dengar klasik nasional.

p/s : ada satu selingan

pernah kita jatuh dan cuba berdiri,
menahan sakit dan menangis,
tapi erti hidup lebih dari itu,
dan kita mencuba melawan.

huhu lagi siti ..seindh biasa..

No comments:

Post a Comment