Monday, September 8, 2014

Perkampungan Pemudahcara KTSN 14/15

Assalamualaikum,
harini saya nak cerita pasal perkampungan kami sebagai pc untuk persediaan MMM 14/15

selepas balik dari terengganu, malam tu dah start meeting dah, kami diberi overview tentang matlamat yg perlu dicapai dalam setiap program yg dirancang, masa tu memang kami krik2 sikit, sebab kami memang kurang kenal antara satu sama lain, lahhh  baru teringatyang masa tu kami memang belum ice breaking lagi.

so, malam tu, kami buatlah ice breaking sikit. huhu, kmi main selangkali dengan pilih2 orang ikut apa yg dy pakai.

selepas itu, gerak kerja kami pun bermula. kami but persediaan untuk majlis yang diklola oleh protokol. ehh lupe nak cakap, saya sekretaroat protokol, bersama abg wan, k. adha dan aziah.

ok ,mula2 kami kompilkan segala dokumen untuk malam ramah mesra, sperti text mc,doa,ucapan pengarah dan pengetua. Lepastu, abg wan settlekan buku program dan kod pakaian PC dan pelajar. Kami juga ada buat jadual terperinci untuk pergerskan pelajar.

  seterusnya, kami perlu sediakan lanyard untuk pelajar gantung kad matrik,ada timbul beberapa masalah kewangan untuk lanyard tersebut, jadi kami pergi ke chowkit untuk survey lanyard murah.
alhmdulillah, kami berjaya dapatkan 460 lanyard dengan harga 0.80sen sehelai.Jadi, kami pinjam dahulu duit PC, sorang 10 hinggit. Tapi, proses pembelian lanyard, amatlah penat...dusebabkan tiada kenderaan, kami terpaksa jalan kaki dari titiwangsa ke chowkit. Penat.

  seleterusnya, kami perlu sediakan fail dn buku program, pejabat tidak mahu kmi menggunakan kertas mereka, lalu kami beli sendiri, baiklah, ad orang kasi  pinjam kereta.Selain itu, kamu turut membeli fail di mydin chowkit, haha sume pandang je kiteorg beli fail byk2.

   proses seterusnya adalah menyediakan 500 salinan buku program yg perlu distepler satu-satu , Alhamdulillah, ramai pc yang sudi bantu.. tepuk muahh sikit.. hihi

     last skali, kami bentangkan simulasi, dan kemudiannya finalise semua bende dengan sekretariat lain.

      And, the day came..........MMM 14/15.

Saturday, August 23, 2014

Kursus Pemudahcara MMP

Assalamualaikum,
Pada 21-24/8/2014, aku telah menyertao kursus pemudahcara Minggu Mesra Pelajar UKM sesi 2014/2015.  Aku sebenarnya memang suka kerja2 macam ni, walaupun ianya mnyingkatkan cuti sem aku, namun sebenarnya ia memberi kita pengalaman yang tak boleh dirasai oleh orang lain. Pengalaman apa yang aku maksudkan ? ok teruskan membaca.

Kursus ini dibuat di Kem kluang, Besut terengganu tapi... bukan calang2 tempat tau, kami berkampung di tepi pantai .serius cannntek sangat .bak kata pepatah, angin sepoi2 bahasa, pasir memutih, muka menghitam erkk -.- .

seawal malam pertama lagi, kami dikehendaki tidur dipantai, beratapkan bintang, berlantaikan pantai, berselimutkan pasir.. ya Allah, tu mmg 1st time aku tidur macam tu, taaapii..memang best, sejuk...bayu darat lah katakan......

esoknya ada explorace, kami buat sand castle  and pecahkan . aktiviti ni ada conflict sikit sebab, ramai yg ragu2 dengan objektif aktiviti ini. next, kami diberi 2 ekor ayam setiap kumpulan, untuk dijaga dan akan disembelih untuk buat makan malam. haha, yg ni best, kami ramai2 jadi chicken sitter, sbb takot dia mati.

kami, makan dengan ayam, LDK dengan ayam, semblih, cabut bulu, potong, bakar, dan last skali,,, makan.. so, begitu eratnya hubungan kami., sampai ada x sggup nk makan. ;( nama ayam kmi, original dan spicy hihi...sedap tak?

and the last most highlighted part was night walk!! kami perlu meredah hutan, pada pukul 3 pagi, berseorangan dipandu oleh tali raphia yang diikat pada pokok2. Haha..seram sehh. awal2 dia dah letak sekujur tubuh berkain kafan di sebelah kanan jalan..memnag taklah aku nak senyap je, apa lagi, aku pecut habis2 sebelum tubuh tu bangun. akhirnya kmi selamat, tulah, mmang tak tidur.

akhir sekali, kami pulang smula ke UKM. Alhmdulillah. syukur atas penglaman ini.

Wednesday, August 20, 2014

Perhimpunan KOR SISPA kebangsaan kali ke-5

Assalamualaikum,
pada 16-20 ogos 2014,UKM telah menjadi tuan rumah bagi perhimpunan kor sispa.
Saya selaku urusetia, merangkap ajk pentauliahan dan forum serta Liason Officer bagi UniKL MICET amat gembira

Kami datang awal, 13/8 dah sampai UKM Bangi, check in xi kolej rahim kajai. Pada mulanya ,memang kami tak ada kerja sangat, just amik baju JPAM di pejabat and jalan2 satu bangi.kami ukm kl, so untuk jadi LO yang berjaya , kami round segala ceruk di bangi, sesat? memang sesat, sampai pakvik bas pun tinggalkn kiteorg pastu lmbai2. haha, pastu kiteorg round sampai bngi gateaway

akhirnya, selepas dua hari bersenang- lenang kami mulakan tugas sebagai LO ,memang mencabar, macam2 kontigen lunar tanya kat kami. Emm kontigen sy yang MICET ni, sangatlah hyper actif, tapi, ketua mereka sangat bagus , tapi last2 saya pulak yg dijaga mereka hahaha , maklumlah, kecik sikit. yang paling best ,.. kiteorg org melakeee.

untuk perhimpunan, macam biasa, ada pertndingan kawad kaki, melawan kebakaran , perawatan awal , dan menyelamat. UKM tak banyak menang,tapi xpe , adat bertanding. tapi serius, semua ipt hebat. antara ipt yg terlibat, ukm,usm, umt,ump,unimap,uthm,uniKL,nilai university, unisel,kuim dan lain2 .

macam-macam kami perlu uruskan, terutama yg bakal tauliah, dari segi , baju accessories, banyak lagi. agak peninglah, contact sana sini, whatssap hang , batery habis.haaaaaaa.

tapi akhirnya alhmdulillah, semua settle !
thank you ALLAH 

Sunday, August 10, 2014

Jangan Pandang rendah

Sedang aku jalan-jalan naik kete, aq lalu sebuah ladang getah, kelapa sawit dan hutan- hutan.

Tetiba aq teringat satu cerita, seorang perempuan yang kejam , melarang anak2 yatim jagaannya sekolah, untuk menoreh getah.lalu budak-budak tu menangis, sebab dyorg nk sekolah

Ok ... satu je point a aq, iaitu, perspektif masyarakat terhadap penoreh, peladang,..
Kebanyakkan masyarakat pandang rendah lat penoreh,peladang ,,etc

perspektif ni sudah diterapkan sejak kita sekolah, bahkan ibu bapa sendiri yg mengecopkan pekerjaan penoreh or peladang sebagai low class, cthnya: "ko blajarlah baik2 nak, jgn jadi macam mak ni..."

So, perspektif ini diterapkan sejak kita kecil, sebenarnya semua pekerjaan yg halal tu mulia, mengapa kita perlu bekerja dengan orang lain, kalau ayah kita ada kebun getah, kenapa kita perlu kerja dengan orang lain,kalau bapak kita ada dusun buah???

Sebab, kalau keje kat kebun or ladang tu...untuk orang bawah je??
owh tak mungkin, akhirnya, ladang ayah kita dijual kepada syarikat luar dan mereka usahakan ladang dan dapat pendapatan yang tetap. kita pula, dapat duit yang boleh hilang sekelip mata dan teruskan bekerja di bawah orang lain yang dianggap hogh class, tapi sebenarnya kita kuli yg dibayar gaji.

So, untuk bakal ibu bapa, memang betul suruh anak sekolah,at least tahu kira, baca, tapi jangan anggap semua budak nk sekolah, ada yang tak pandai langsung sekolah tapi dia pandai menoreh atau meniaga....tolonglah jangan terapkan perkataan "sekolah, belajar betul -betulbaru boleh berjaya, sebenarnya kita telah merakamkan satu perspektif yang belajar, berjaya,malas belajar,gagal.

Aku memang dah masuk u, tapi mak ayah aku belajar sampai spm je, skarang mereka jadi penoaga sate yang berjaya dan aku dapat jugak duduk rumah banglo, abang aku, sekarang kat giat mara bahagian elektrik, dapat kurangkan kos penyelengaraan elektrik kat rumah. aku ni, hmm baik dapat biasiswa, kalau tak, menyusahkan  bapak aku je belajar kat kl.

wallahualam,
berbalik pada yang satu, rezeki tu kerja Allah, bukan pelajaran yg tetapkan.
sekian

Monday, August 4, 2014

boicot mcd

Assalamualaikum
sekarang ni tengah berlaku serangan x memperikemanusiaan kt gaza, kita sebagai orang yang dah tahu mcd menyumbang kepada senjata untuk membedil saudara di gaza pepandailah boycot.
so apa yang aq nak utarakan kat sini, janganlah sampai korang nak hina, ejek, atau boycott pekerja mcd tu,..dyorang bukannya israel, korang tak tau punya susah nak cari duit, taulah korang sume ni kaya2 , emm cuba kita bersangka baik sikit kat saudara kita yg bkerja tu, mereka semua tengah pikir nk cri kerja ape pasni.
aq sebagai ex crew and ex barista mcd ni pun turut rasa tempiasnya bila korang sume bersikap agak tak sopan dengan kami.

eingat , yg kita nk boicot tu barangan israel,korang kalau nak boikot , caranya jgn beli !!! tu je, xyah nak sibuk2 buat panggilan delivery palsu ke, lalu drive thru pastu kluar balik , order tah hape2 kt kaunter, just don't buy the product. mereka pun manusia, Ada hati dan perasaan.

pekerja mcd tu bukan budak muda je, mak2 bapak2, pakcik, makcik sume ada

[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya]
Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.
1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.
6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.
7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.
Inilah pendirian saya. TITIK.
Wallahua'lam.
Sajo forward dr group lain...bukan niat utk x memboikot tp harus tahu tatasusila lg2 sbg umat ISLAM

Thursday, July 31, 2014

Lagu klasik

Lirik Lagu Budi Setahun Segunung Intan - Ahmad Jais/Kartina Dahari

Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan

assalamualaikum..
ok sekarang saya nak cerita pasal lagu2 klasik. Ramai kengkawan aku pelik aku ni sua sangat lagu lama2 .tapi apa yang menarik dengan lagu klasik ni , ianya banyak berbantuk pantun, nasihat dan lagi satu melodinya sangat asli dan tak serabut macam lagu sekarang huhu..kalau nak dengatlr lagu2 klasik, rakaman piring hitam, boleh dengar klasik nasional.

p/s : ada satu selingan

pernah kita jatuh dan cuba berdiri,
menahan sakit dan menangis,
tapi erti hidup lebih dari itu,
dan kita mencuba melawan.

huhu lagi siti ..seindh biasa..

Monday, July 21, 2014

UKM SEM 2 : MERIT MEGA VS 4 FLAT


    Kolej Tun Syed Nasir.Memang rmi pelajar kat luar sana anggap kalu masuk u kita kene belaja..belajar ..dan belajar..alah  macm dalam drama selalu tayangkan tue.tapi lepas masuk ktsn ukmkl ni.. bukan setakat belajar anda akan dilatih berorganisasi.anda akan pegang pelbadai jawatan contohnya, s/u , pengarah, exco,ajk. Kenapa pelajar sanggup amik jawatan ni? dahler penat, nak study pown x cukup masa.. study pulak bukan senang,,medic,dentist ,pharmacy, radiografi..kwang3x 😥
     Satu je sebab yang paling kukuh kenapa semua ini perlu dilakukan, iaitu nk stay kolej. Bilik pelajar di KTSN adalah sangat terhad. Kalau kami x kumpul merit yang banyak  kmi takkan dapat stay kolej. Kenapa? sayangku..kat ukmkl ni hanya ada satu kolej je. nak pindh kolej lain..sume kat bangi.. kampus induk..kalau x dok kolej .dok luar lah.emm tau2 je la kan, dok kl ni..kos sara hidup tinggi..klau dok luar camne nakkk oii !! penat makk!! sewa mahal. transport? safety?
      Oleh sebab itu. kami beramai - ramai berbakti kepada kolej untuk dapatkan merit.Tekanan? Memang tekanan sangt2 .ramailah yang sertai progrm mega kolej. nak dapat merit mega katanyer..tapi tu pon x jamin gak.😒😒😒. Tapi tu lah masalahnyer..meeting tah kemana ,peljaran ntah kemana,tido..malas nk citer.
      Jadinya..Itulah pengajaran yng paling berguna untuk kita supaya ..bijak mengurus masa..xde sapa nak paksa kita study ..x de sapa nak kasi homework.xde sapa nak kasi latihan. terpulanglah kat diri sendiri..camne nk score.. emm soklan kalau senang x pe..ehh tambah pulak ngan  quiz..lab..argghhh... tapi yg pntg berserah je pada tuhan..doa byk2. 4flat...kebanyakkannya budak bngi byk score empatrata kat fakulti kesihatan ni..3 n above dah syukur dah..huhu

UKM SEM 2 :AQUILA


kelab sukan dan rekreasi aquila adalah salah satu kelab dibawah Kolej Tun Syed Nasir. Sebahagian besar aktiviti kelab ni adaah aktiviti mendaki gunung.
    huhu formal pulak.. kenapa aq cerita pasal aquila ?? huhu aktiviti pembukaan untuk sem2  ni adalah.... EKSPEDISI JERANGKANG. aq jadi ajk jamuan untuk ekspedisi kali ini. huhu nk thu detail pasal jerangkang just search je kat google.
     aq rasa organisasi ni lah yang paling sempoi and relaks skali. perjumpaan dlm 3 kali je.  Leader kteorg adalah senior aquila. memang cerewet, tak boleh nafikan. tapi kitaorg diberi  tunjuk ajar yg sangat baik oleh beliau huhu.
     ajk jamuan memang best. kiyeorg kene rancang menu masakkan and yang paling best adalah....shopping barang2 !! huhu
    tapi poin paling penting kat sini aq x nyesal join aquila.ramai bebudak yg aq kenal especially organisasi..aziah,biha,ain effahera,liana masri,uswatun husna, lyana izzati,zack,din,syakir,usop..haha banyak lagi ahh.. haha..senior pown byk giler sporting loq,arep,k.lin,kak yin, badrul ezudin,safwaan..huhu.
       waktu hujung sem..sebagai penutup..kami buat trip ke Gunung Tebu Terangganu. Trip ni, aq jadi TTK and ape yg best..orang pakai baju design kita haha..huhu tapi byak trgedi berlku..cirit birit, orang bagi salam..huhu tapi just enjoy..
       huhu ada banyak pengajaran untuk trip tebu ni. contohnya berkenaan dengan centralize item. aq main bagi je jat mana2 kumpulan..huhu.. alamak x boleh rupanya..kan dah kene bebel dlm bas. pastu pasal kebersihan makanan  harus dititikberatkan walaupun x sempat ..sebab kesannya amat pedih. pastu aq ada kene infection fungus lepas trip.so aq try searh..rupanyarupanya fungus amat suka keadaan yang yg panas dan lembab macam iklim malaysia. so , janganlah banyak basahkan baju (aq lak asyik basahkan  baju je emm) pastu kekaljan kekeringan badan. so pakailah baju hujan.hikhokhikhik. hah nak syorkan satu cream antifungal..mecandine cream..insyaallah kejap je baik.