Saturday, July 2, 2016

EXAM vs RAYA

Assalamualaikum aku otw ke rumah ni,
Nak balik raya uolss. Tak boleh nak gambar perasaan balik raya ni..sebab bagi aku perasaan balik raya ni special  sangat.  Baru petang tadi aku habis presentation AKPD II. Syukur  semua berjalan lancar. Sempatlah bual-bual dengan abang pejabat, dengan abang bas, pagi tadi pun sempat bual dengan abang jaga dewan pekse. Haha, aku memang suka bual2 dengan abang2 ni, sebab diorang sporting..dan paling best  kalau dia belanja makan opss.  Kadang-kadang  kalau pishang, pegi pejabat dekan  dok berbual.

Ehhh, balik kepada story raya ni,
Bukan senang tau kitaorang nak balik hari ni , banyak dugaan dan halangannya. KENAPA?? Hah kos kiteorang ni special sikit, sebab sikit-sikit wajib lulus. So, patutnya. andai kata ada orang yang tak perform time exam amali, mereka akan repeat ada hari lain, dan patutnya hari tu... 2 hari akan datang. Tapi  alhamdulillah,  berkat  exam dibulan puasa dan dipenghujung nak dekat  raya pulak tu, kami semuuuuua berjaya  lulus, dan tak ada satu pun yang repeat 2 haribulan nanti.

Teringat  moment-moment menanti result.  First  sekali  waktu CT amali,  exam ni ada mock,  dan aku ingat lagi waktu tu aku memang lost gila,  start  tu memang takutlah  waktu exam yang betul ni,  apalah nasib aku kan. Tapi  lepas exam tu, aku dapat  bende yang sama dengan exam mock. Memang  perasaan cuak semua tu memang ada dan tak boleh nak dinafikan. Tapi....tiba-tiba jane post gambar dalam group whatssap, caption: yes.  Lepastu aku pun download YESSSSS semua lulus beb!! Serius bersyukur, terharu, sedih semua ada...Ya Allah, first time kot.. ok masa tu aku tak henti-henti menatap gambar keputusan lulus tu...weyhh terharu sangat weyhhh..Tahniah semua!!

EHHH.....bukan tu je exam yang wajib lulus, ada lagi satu MRI Amali .... Exam MRI ni, aku nampaklah lecturer semua berusaha nak meluluskan kiteorang semua. First sekali, en.Saadon dah siap2 buat kelas khas untuk jawab exam, nama kelas tu, kelas end.Saadon..haha.  Then esok tu, terus jawab exam, masa tu, tuhan je tahu perasaan bersyukur dengan kelas en.Saadon tu,  konfident level nak jawab exam terus naik, dan ada juga lagi satu, kitaorang mintak supaya en.Saadon buat mock exam, walaupun tindakan itu telah menstresskan cuti nuzul quran en. Saadon, namun, bagi aku better beliau stress waktu mock, daripada stress waktu exam betul nanti hahah. Time exam ni pun ,  serius konfident leval meningkat daripada zero. Alhamdulillah,  rekod kedua lulus semua untuk EXAM MRI terpahat dalam memori .Thanks to en Saadon dan en izuan... really appreciate it... Nak nangis rasanyaaa...😢😢😢

Thats not the end, ada lagi exam , yang ni nama dia RNI, tapi masalah dia rni ni memang satu subjek yang aku tak boleh nak imagine process dia macam-mana, sebab kurang dedahan.. hmmm... cuak memang cuak, tapi... miracle happened....lecturer kiteorang janji nak kasi tips!!!!  Yeayyy..... semua dok gembira,  lepastu, dia pun kasi tips, 1.Doa 2. Usaha 3. Tawakkal...... hahaha....memang rasa macam kene troll gila2 satu kelas weyhh.... hahah.... yang ni paling lawak..semua orang dok berharap nak tips exam final...tapi last2 lecturer kiteorang kasi tips betul2 tapi serius lecturer  ni memang susah nak kasi tips...alhamdulillah berkat Bulan puasa.....YES...no repeaters!!!

Selamat hari raya!!!!  Jom balikkk!!! 
Thanks semua! TAHNIAH semua!! 

Wednesday, June 22, 2016

DAH BESAR

Assalamualaikum,
Semalam aku pergi makan rumah kawan kepada chaie. Lepas main tu kiteorang semua basuh pinggan, kemas meja, bual-bual  dengan mak kawan dia,

kelmarin pun baru lepas bukak puasa kat rumah fuzz,sama gak macam tu,

Haha, kalaulah mengimbau kenangan lama dulu2,
tak ada punya nak pergi rumah orang, basuh pinggan,kemas meja acah2 ayu gitu,  dah besar kan... kene pandai pandai bawak diri kat rumah orang.

Lol,
Dah besar ni, banyak jugaklah bende berubah, terutama dari segi pemikiran, apa-apa pun yang dibuat, mesti kene fikir masa depan,
Contohnya, lepas grad ni nak kerja ke, nak sambung belajar, kalau nak kerja nak kerja apa? Kalau nak sambung belajar nak sambung apa? Kat mana?
yang paling kelakar, dok dengar masalah relationship je sekarang ni, tu lah sebab kalau dah besar ni, bukan suka suka je , kene fikir masa depan oiii !!

Tapi yang paling ketara sekali masa akhir2 pengajian ni, memang tak ada masalah puak-puak , tak kisah pun pasal geng kau , geng aku haha...semua dok campur je hahah lawak....lawak kalau teringat waktu first year second year dulu lol.

Lepastu kebetulan aku baru he terdengar lagu human "bila...aku sudah tiada..simpan semua laguku, jangan ditangis selalu"

Haritu baru je sorang kawan aku meninggal, Lepas melawat, k I teorang pergi makan, Lepas dengar cerita masing-masing, kami ketawa sama-sama, 

Then, actually the most important future Yang kita kene fikir... mass depan kita dalam kubur tu, mass depan kita kat syurga be neraka... ermm sebab mati boleh datang bila2, so kits kene sentiasa prepare for that. 

So.. good luck in the future.. andainya than tak tarik nyawa ni awal2

Klinikal Mahkota

Harini aku baru selesai melalui satu klinikal radioterapi di Mahkota Medical Centre, termasuk kali ini, ini klinikal ke 4 yang aku pernah pergi. Sebelum ni di Ppukm dua kali dan di HTAR.

Hari pertama aku masuk, aku dah disambut dengan pertanyaan dari senior radiotherapist disana

"Siapa yang bapak dia jual sate tu?" Haha, aku dah agak dah mesti dia tanya, sebab sebelum ni, Chaie klinikal disana, lepastu hari last dia order sate dekat bapak aku untuk dibeli kepada team radioterapi MMC sebagai tanda penghargaan.

Kehadiran kami disambut baik, rupa-rupanya, daripada 4 orang radiotherapist, 3 orang adalah senior kami yang masing-masing dari batch 4,8 dan 11. Kak mei ling, en. Helmi dan kak izzy. Ada lagi seorang kak Shantini dari MAHSA. Terdapat juga nurse, kam dijah dan pembantu kak ana. Tak lupa jugak team physicist kak kae shing, fong dan shen.

Banyak jugak soalan-soalan yang diajukan kepada kiteorang pada hari pertama, semua berkaitan dengan radioterapi. Air gap, CLD, SSD, SAD dan segala macam istilah lah. Fuhhm baiklah aku dan hampir dapat adapt dengan radioterapi ni bolehlah tingkatkat kemahiran menjawab spontan.

Dahlah

Friday, June 3, 2016

Kursus Metodologi dan bakal pegawai

Assalamualaikum,
Hai! Aku OTW ke KTSN, barubje habus kursus SISPA
so, entry kali ini khas untuk kursus tersebut.

Hari pertama, hari rabu, kami check in Kolej Keris Mas, sebelah kesatria, dapat je kunci , terus down, weyyy tingkat enam weyy!

Kami pun dengan gagahnya mendaki dengan luggage masing-masing. Malam tj tak ada aktivitj sangat, just kemas barang then tido.

The next day, kelas bermula, kami semua kene pakai baju no.3, baju kemeja, acah2 macam kerja pejabat JPAM.  Ok, untuk minggu pertamam kami perlu amik kursus metodologi atau nama lain dia, kursus cara mengajar. Paling tak bleh bla, hari pertama tu tajuk pengucapan awam, then terus kami kene berucap kat depan petang tu sorang2. First, kami diberi tajuk berdasarkan nombor, akubdapat tajuk 'sejauh mana keberkesanan SUKIPT dalam melahirkan atlet negara' . Sudah, jenuh aku nak prepared dalam masa satu jam. Ape lagi, aku google je lah, alang2 wifi situ laju giler. Alhamdulillah, pengucapan aku agak berjaya menawa hati juri, ceh.. hey, ni dapat markah ok! Tapo serius aku cakap, budak SISPA memang power bab2 pengucapan ni. Semua dalam group aku tu perform.

Next, kami ada belajar mengenai RSP, iaitu Rancangan Proses Pengajaran. Kami diberi tajuk, pengajaran, aku dapat tajuk ASAS PERTOLONGAN CEMAS, tajuk aku ni simple je, just teori, tapi ada jugak yang dapat ikatan simpulan, cpr , choking, menyelamat , ermm macam2 lagilah. Huhu, mula2 dapat tugasan tu, aku cuak giler, tak tau nak cakap pasal apa, dalam masa yang sama, kiteorangbkene study untuk ujian teori, hah, serius cuak, tapi hasil semangat dan guideline yang diberikan  oleh semua pihaknkepada kami, then, kami berjaya menyiapkan slide show dan salinan RSP. Before that, kami kene jawab ujian teori jugak, agak straight forward jugak soalan dia, sebijik macam apa yang diajar.

Then, tiba hari last kursus, dimana kami akan bentangkan hasil usaha kami, kami perlu mengajau tajuk yang diberikan agar semua orang faham, fuhh, berat tu tanggungjawab, nak kasi orang faham asas pertolongan cemas, aku punya asas pun cukup2 makan je. Tapi, alhamdulillah, dipermudahkan, semuanya berjalan dengan lancar, ada bagus jugak dia buat pengucapan awam tiba2 masa hari first tu, then hari last, takdelah aku terketaq2.

The next day, kami terus sambung dengan kursus bakal pegawai. First, kami dapat jadual, bapaklahhh.. jadual dia, kawad kaki je dah makan separuh daripada seminggu tempo kursus. Haha, redha je lah, nak jadi pegawai kan. Then, hari first, pagi2 kami dah ke padang kawat, kami belajar kawad yang rare sikit, iaitu, kawad tongkat. Kami dibekalkan sorang satu tongkat. Tap..tap..tap.., hah!! Tau tak bunyi apa tu? Tu bunyi tapak kasut pegawai waran kami, Encik Mus...Bunyi tapaknkasut je kami dah cuak dah, dengan misai dia, tongkat dia, wow! Takut khakak long!

Pagi tu, kami belajar kawad je lah, walau matahari seakan2 tidak menunjukkan belas kasihan. Tapi apa yang bestm step2 kawad tongkat ni ada lagu, antara lagu yang paling best adalah, lagu kekanan hormat, bunyi dia macam ni, "check,kepit,check,potong,check,hormat,empat,lima,potong,tangkap,check,turun,check,lenggang." Semput wei, nak hafal nak nyanyi, nak gerak kaki, gerak tangan, gerak tongkat..perghh!
Tiba2 pulak en. Mus kasi berita tergempar, dia nak uji kami esok tu jugak, even baru belajar harini kot!

Apa lagi, malam tu masing2 dok kawad kat koridor weyhhh! Lawak bak hang! Check kepit check kepit. Hahah. Punya gigih kiteorang berlatih, sampai pukul 12 tak berhenti2 lagi.

Something to tell

Pernah tak korang semua rasa atau bayangkan diri kita dicampak ke satu tempat dimana kita tak kenal orang, orang pun tak kenal kita?? Hah

Actually ni sambungan daripada cerita HTAR aku tu. untuk minggu pertama memang aku tak ada partner langsung. Tuhan je lah tahu macammana perasaan aku. Sebenarnya aku memang dah set dah, setiap klinikal, aku malas nak campur atau nak sembang-sembang lebih dengan radiographer. Sebab, kalau sembang lebih nanti last -last adelah orang yang tak suka. So, aku decide untuk buat baik je, ikut je cakap radiographer kalau diorang tanya, baru aku jawab. kurang cakap, kuranglah dosa kita, cukuplah 8 klinikal, insyaAllah, adelah pahala kat situ 😌

Tambahan untuk HTAR, aku tak tahulah orang melantan tengganu ni memang taknak keje tempat dia ke, ataupun kat sana memang tak banyak hospital ke apa ke, tapi...Ya Allah! Keliling aku dok goyak,kecek ganu klate sokmo.  Aku sebagai ore mlake sangatlah pishanggggg. Dari student, radiographer , sampai mak cik cafe pun dok goyat😬

Tapi betullah, HTAR ni baru 3 hari dah macam-macam berlaku, aku daripada extrovert terus introvert. Daripada ganas-ganas, terus jadi sopan dan ayu. Pui . Memanglah, orang bukan selalj jumpa kita, 21 je pun, kalau keluar perangai tak senonoh, tercemarlah nama aku.

Aku rasa hari ketiga ni om sikek kot, hah tgk, taip pung bunyi bunyi ganu klate. Dahlah.

Next adventure

Hai !
Harini aku memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur terchenta.
Sebenarnya tak sampai seminggu pun aku di rumah. Tapi sepatutnya cuti sem ni aku duduk rumah sahaja tapi apakan daya, impianku untuk berklinikal di Melaka hancur berderai kerana Hospital besar Melaka tidak menerima student pada tempoh tersebut.

Aku dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang.
Bayangkanlah, 2 minggu sebelum klinikal baru diberitahu, aku punyalah gelabah sebab nak cari rumah bagai. Sebab masa tu tengah exam, gila-gila punya exam, straight seminggu tak henti. Last-last aku amik keputusan untuk ulang alik je KL-Klang. Tapi kawan aku kata , "serius beb , jauh tu" aku adelah try google, haha hamik kau, kene bangun pukul 5 pagi amik bas pkul 6 , bla bla bla.

Aku pun, mulalah cari bilik sewa kat i bilik, kalau-kalau ada yang boleh sewakan bilik kosong. Tapi itulah masalahnya, aku nak sewa 2 minggu je, tapi kebanyakkannya hanya nak sewa bulan. So, aku pun fikir lagi sekali, erm, then aku dapat idea. Aku tanya kawan-kawan aku yang tinggal kat Klang. Mula-mula ada sorang senior aku, dia kata dia bincang dengan family dulu.

Lepastu, sebab dia tak balas-balas, aku try lagi sorang senior, tapi senior ni dah keje dah. Alhamdulillah, dia berbesar hati untuk tumpangkan aku seminggu kat rumab dia. Why? Why seminggu? Ha! Ni semua sebab minggu yang seterusnya aku tinggal di rumah Jane!  My clinical partner! Why? Why awal-awal aku tak tinggal kat rumah jane? Ni semua sebab jane ada hal waktu minggu pertama klinikal tu, so minggu pertama aku kene survive sendirilah nampaknya.

Ni lagi satu masalah pasal klinikal ni, rupa-rupanya, HTAR ni pun tak kompem lagi jadi tempat klinikal aku dan jane, sebab pihak Hospital tak bagi kata putus lagi pun. Tahu tak apa plan lecture aku kalau HTAR ni tak terima? Sumpah aku tak boleh brain plan diorang ni, diorang nak suruh aku dengan Jane duduk rumah time cuti sem, then ganti balik klinikal waktu cuti midsem dan study week . Aku dengan Jane like ... seriusly ????

Haha, Jane dah bagitau aku awal-awal dah, kalau HTAR tak dapat, dia nak drop je kursus klinikal ni, daripada tak ada study week. Ermm... part tu aku dah risau dah, sebab aku nak terus je, tak nak aku drop2 ni. Kenapa risau? Sebab kalau Jane tak ada, aku kenelah sewa bilik sorang2, nak fikir masa cuti midsem nak sewa mana, masa study week nak sewa mana,  aishh. Tapi dalam masa yang sama, aku selalulah follow up dengan lecture aku pasal HTAR ni. Dan aku mengharapkan dapatlah.

Mula-mula katanya nak konfirmkan hari isnin, lepastu aku tanya balik pada hari selasa, lepastu dia kata hari khamis baru konfirm, aku pun tunggulah, bagai pungguk rindukan bulan. Akhirnya, dah hari khamis. Tak sempat aju nak bertanya, aku diberitahu bahwa HTAR dah terima, alhamdulillah, lega rasanya. So, aku bolehlah start klinikal hari selasa ni.

Urm, kalau klinikal hari selasa, kenapa aku balik awal sangat? Hari khamis aku dah beria balik keyel. Har har har. Its hard to say tapi aku kene cakap jugak... aku geng repeat ! Hahahaha. Sebenarnya, hari jumaat ni adalah hari yang khas untuk pelajar yang gagal untuk ujian amali ulangi balik ujian tersebut. Haha, nak tau citer ke pasal repeat ni?

Tak.. macam ni citer dia, kita dah usaha, selebihnya Allah yang tentukan, betul tak? Exam amali its not about something yang kau baca, kau hafal, kau curah then kau lulus. Ohh tidak..tidak..
Apa yang berlaku masa exam amali haritu, kiteorang memang baca malam tu, tapi tiba-tiba aku masuk bilik dapat pulak soalan yang aku tak pernah baca, tak pernah terlintas dan tercapai dek akalku.

Mula-mula aku ingat nak hentam je, tapi aku pulak memang tak mahir hentam-hentam ni, serius aku cakap kalau ni exam teori pun, aku yakin aku dapat kosong! Aku pun mulalah gagap-gagap. Lepastu, aku dah malas nak fikir, aku pun pandang lecture aku, aku tatap mata dia betul-betul. Aku tarik nafas, aku hembus nafas, aku pun cakap "miss kate, saya tak tahu" then, well it ended there. #ulagi ., thats why aku balik cepat sikit hui hui...kui kui.

Bye!

Thursday, January 28, 2016

9 hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Hari ni aku nak cerita pasal hari..pasal sembilan hari.
Kenapa dengan sembilan hari ni?

Final exam kali ni agak bermakna juga buat budak budak kelas aku, dalam kad masuk dan jadual peperiksaan rasmi kami, kami hanya ada 6 paoer theory untuk dijawab, namun.... itu semua hanya indah khabar dari rupa, sebenarnya jika ditambah dengan peperiksaan amali, OSCE OSPE tah apa-apa punya periksa, sebenarnya kami ada lebih kurang 12 paper, hah amik kau double tu.

9 hari th adalah hari ditengah tengah exam, dimana exam kami berturut-turut, walaupun sebenarnya aku tak straight pun  9 hari tu, tapi majoriti kawan-kawan aku menghadapinya. Ia dimulakan dengan hari pertama, kertas Anatomi pengimejan, ya Allah, tuhan sahaja yang tahu bertapa banyaknya yang kami kene hafal  untuk subjek ni, aku dan start tido lambat dah, sebab nak jawab kertas ni. Tapi malangnya, lecture kami sangat hebat imiginasinya, beliau memberi kami peluang berfikir diluar kotak  kerana soalan examnya berada diluar lecture notes.

Ahhh malas aku nak fikir, esok aku ada lagi kertas nak jawab. So, aku pun start membaca subject berikutnya, instrumentasi radioterapi. Subject ni agak ringan, namun aku tetap tido lambat malam tu. Keesokkan harinya, kami pun jawab, mak aihh , masa 1 jam setengah soalan ada 9, semua essay. Aku pun jawab sepantas yang boleh, haha tiba2 aku tersekat kat satu soalan kira-kira ni, jumlahnya 3 markah, lalu aku pun kira sahaja, walaupun jawapan aku memang tak logik, aku tinggalkan sahaja,  pergilah engkau wahai tiga markah ada banyak lagi soalan aku nak hadap, tu pun  tak tau full marks ke tak.

Selesai sahaja jawab paper tu,
Aku ada gap sehari untuk ke exam seterusnya, namun ada lebih separuh budak kelas aku nak hadap exam amali. Aku pun pergilah round2 keliling blok, kasi tips mana yang boleh,  bagi semangat sikit, ceh.

Next, are exam amali untuk amalan klinikal. Harharhar, pergi klinikal dah berbulan, examnya baru sekarang, memori pula macam orang tua, memang tak hingatlah, har har har. Kami pun studylah sesama, baca qc, berlakon buat projection dan study balik gambar hitam putih x ray tu. Keesokkan harinya, mujurlah aku dapat lecture yang sporting habis access aku tapi, malangnya unexpected qc question yang tak boleh bla, aku pulak dah salah tafsir soalan, kuang kuang kuang, redha je lah. Ahh lupakan, aku ada banyak laginpaper nak jawab ni.

Next, still dalam subjek yang sama, tapi ni exam viva. dalam exam ni, adalah presentation sikit, so untuk presentation ni aku yakin sikit, tapi tu lah masalah dia, dulu kata tak payah buat slide show, just buat jurnal reflektif je, sekarang cakap lain pulak, kene buat slide show, har har har memang malam sebelum exam tu lah aku study jurnal aku yang dah berkurun  lama aku buat. Tapi, hari tu ended well juga. Ahh! Lupakan! aku ade 5 hari lagi nak hadap.

Lepastu esoknya adalah exam theory, radiografi khusus, exam ni paling tak boleh bla, ade 17 lecture notes aku nak kene study dalam satu hari., aippp!! Jangan salahkan kiteorang study last minute ehh, kalau aku study RK ni semalam ataupun semalam punya semalam ataupum malam-malam lain, exam aku yang lain nak letak mana? Hah, so exam ni aku rasa macam nak give up dah sikit, malam tu, dah pukul 1 lebih, aku cakap dengan kawan aku, serius weyh aku tak larat dah, aku tak nak baca please.. aku tak nak baca, tapi, terima kasih kepada kawan aku tu, dia kata tak boleh, kita kene baca, sikit je lagi ni, sikit je lagi. Kiteorang pun baca sampailah habis cover semua chapter malam tu, walaupun aku memang dah sampai tahap nak redha je. Keesokkan paginya, alhamdulillah, membantulah jugak apa yang dibaca malam tu.

Next is MRI,  subject ni pun parah sikit, sebab lecture kiteorang stail yang suruh belajar sendiri dan tak ada lectire notes, dan kalau ada pun, memang tak boleh nak faham pun lectire notes dia. Adalah juga dia bekalkan MRI made easy iaitu sejenis buku yang disertakan dengan aplikasi untuk meng'easy'kan subjek tu. Har har har, disebabkan sudah berkurun lama aku mengulangkaji subjek tersebut, its hard to recall balik. Tapi hari tu hambar sikit, hujan renyai-renyai, suasana redup ..wahh aku pulak terkulai layu membaca nota diatas katil. Namun begitu, untuk menaikkan semangat belajar yang kian luntur, aku ke bilik sebelah untuk belajar bersama, masa tu memang ramai dalam bilik tu, dalam 8 orang, semua memerlukan semangat dari orang lain, sebab semua pun dah tak ada semangat dah nak hadap exam ni. Then, esoknya kat dewan exam, memang psyco gila. Aku dahlah duduk depan sekali, tengok pulak atas meja ada 17 booklet !!! Gila! 2 jam nak jawab 17 soalan!  Nak tulis nama , no matrik, kod kursus pun mau lebih 10 minit ni! Fuuh  nasib baik lecture aku datang, dia clarifykan balik pasa, soalan tu, fuhhh. Rupanya 17 soalan tu, pendej-pendek je, pakai booklet yang perlu sahaja.

Hmmm ade lagi exam, tapi kali ni punyalah psyco, sebab bila scroll fb, ada je perkataan last payyperr, travel to kampung halaman, #lastpapersyndrome... pui. Macam biasa, payper amali ni, kiteorang akan study bersama. Tapim ntah mengapa... ceh. Semangat aku semakin oudar untuk study ni. Eskknya, giloran aku pagi, so, pagi pagi kiteorabg dah pegi naik bas. Hah yang ni gam boleh bla, boleh ke, ok ... aku turun blok, pkul 7 pagi, lepastu adelah budak kolej, 2 orang, diorang pegang luggage besar, seakan-akan tunggu seseorang, kompemlah sebab nak balik rumah kan, tapi, aku ngan kawan aku cam biasa je lah, pakai baju kurung, pakai beg galas. Kiteorang lalu depan dia, diorang tenungggg je, bukan sebarang tenung, tenung yang pelik pulak tu,  hoi ! Ingat semua orang dah abes exam macam ko ke hah? Haha stress pulak.

Ni lagi stress bila keluar pulak soklan communication macam hampehh. Aku terus surrender, kita jumpa repeat nanti yer. Haha, second last exam, satu tiket dah ditempah.

Ok ..... jeng jeng jeng!! Last payyyyyperrrr!
Haha, actually tak ada feeling pun. Ermm, paper ni pun kiteorang study sama-sama, tengok image x ray, hafal seberapa banyak anatomi yang ada. Paling tak boleh blah part cardiovascular har har har, berpinau mata aku tengok, maklumlah , hampir pukul 3 pagi dok menatap gambar hitam putih x ray ku sayang. Esoknya...alhamdulillah, exam keluar sebijik yanv macam kiteorang hafal. Paling best gambar vascular semua gerak-gerak, terkezut aku. Ohh lupa nak bagitau, yang exam ni exam amali jugak, tapi more tu tgok komputer.

Maka tamatlah 9 hari, dan pada hari itu juga keluar result repeat exam amali, and as expected. Aku #repeat

Sekian